BTC USD 76,222.4 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PH terbuka kerjasama PN, Bersatu atas dasar 2 prinsip, kata Amirudin

afwan83

Active+ Member
Messages
3,228
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,228
Reaction score
12
Points
25

PH terbuka kerjasama PN, Bersatu atas dasar 2 prinsip, kata Amirudin​

6e9bd0d5-amirudin-shari-fmt-newsize-020424.jpg

Pengerusi PH Amirudin Shari juga menafikan ada kerjasama atau perbincanga dengan Bersatu di peringkat negeri.

Bagaimanapun, kata Amirudin kerjasama itu mestilah berasaskan dan menerima pakai prinsip ‘kestabilan politik dan kepentingan rakyat’.

“Kerjasama dengan mana-mana pihak bukan sahaja dengan Bersatu dan PN pun boleh difikirkan kalau akhirnya saya sebut tadi, prinsipnya adalah untuk kestabilan politik dan kebaikan rakyat,” katanya yang dipetik Bernama sebagai berkata.

Beliau yang juga menteri besar juga menafikan PH Selangor mempunyai kerjasama dengan Bersatu dan menegaskan tiada perbincangan atau ketetapan dibuat dengan parti itu.

Beliau berkata segala bentuk kerjasama perlu diteliti secara rasional pada peringkat pusat dengan mengambil kira faktor tertentu meliputi aspek tempoh untuk diadakan pilihan raya dan lain-lain perkara.

“Jadi kalau ada perbincangan (pada peringkat PH Selangor) dan saya akan bawakan ke peringkat pusat,” katanya.

Jumaat lalu, dilaporkan PH Selangor tidak menolak kemungkinan untuk bekerjasama dengan Bersatu terutama di negeri itu.
 
nanti PAS pantun kat amir.........


Ke hulu perahu mencari ikan,
Singgah berteduh di Kuala Kedah;
Sudah terang tiada berkenan,
Masih berharap tanpa segan.



Pergi berlayar ke Pulau Pandan,
Layar terkembang menuju seberang;
Kalau sudah tiada berkenan,
Usahlah berharap kasih orang.
 
Amir pun sokong lobai
Tukar nama Amir kpd Amirulhadi then
Jumeloh jumeloh
 
Back
Top
Log in Register