afwan83
Active+ Member
- Messages
- 3,221
- Joined
- Aug 4, 2011
- Messages
- 3,221
- Reaction score
- 12
- Points
- 25
Keputusan kerjasama PH-BN dijangka sebelum 16 Sept, kata Amirudin
Pengarah Pilihan Raya PKR Amirudin Shari berkata perbincangan mengenai kerjasama itu masih di peringkat awal dan keputusan muktamad perlu dipersetujui di peringkat PH serta PKR. (Gambar Bernama)
Menteri besar Selangor itu berkata, perbincangan mengenai kerjasama berkenaan masih di peringkat awal dan keputusan muktamad perlu dipersetujui di peringkat PH serta PKR.
“Saya rasa sebelum Hari Malaysia, kita mungkin dah ada bayangan untuk maju ke depan atau melangkah ke depan dalam berhadapan PRN Melaka,” katanya selepas sidang media sempena Festival Turath Islami Kebangsaan 2026 di sini, yang turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Zulkifli Hasan.
Beliau berkata, satu daripada sesi perbincangan berhubung perkara itu dijangka berlangsung minggu ini bagi melihat perkembangan rundingan.
“Masih di tahap eksplorasi awal yang kita belum boleh putuskan. Tapi saya perlu melapor di peringkat PH dan peringkat parti (PKR) untuk memuktamadkan kalau ada persepakatan.”
Jelasnya, pengalaman PH dan BN bekerjasama serta bertembung dalam beberapa PRN sebelum ini turut menjadi asas dalam mencari penyelesaian terbaik bagi PRN Melaka.
“Kita pernah bekerjasama dengan BN sebagai satu gabungan dalam PRN, kita pernah bertembung di Johor, bertembung di Negeri Sembilan dan bekerjasama dengan rapat di Sabah. Semua pengalaman itu kita kumpulkan untuk memberi manfaat kepada semua.”
Semalam, Pengarah Komunikasi PH, Fahmi Fadzil dilaporkan berkata, PH mempunyai jadual dan garis masa tersendiri dalam membincangkan persiapan menghadapi PRN Melaka.
