BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PRN Melaka: Amirudin Diberi Amanah Teliti Kerjasama PH–BN - Anwar

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

PRN Melaka: Amirudin Diberi Amanah Teliti Kerjasama PH–BN - Anwar​

49cb24e66a29c6e02b6d15b99ef88aaf6a8d1ca58bbdf

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan pada Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1448H/2026M di Universiti Putra Malaysia (UPM) hari ini.

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Amirudin Shari diberi mandat untuk memperincikan bentuk kerjasama antara gabungan itu dengan Barisan Nasional (BN) termasuk agihan kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, kata Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata Amirudin diamanahkan untuk meneliti perkara itu.

"Kita dah beri amanah kepada Amir (Amirudin) untuk memperincikan (hal itu)," kata beliau kepada media selepas menghadiri Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1448/2026 di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya tentang laporan bahawa pertemuannya dengan Amirudin, yang juga Menteri Besar Selangor, turut membincangkan soal pengagihan kerusi bagi menghadapi PRN Melaka.

Bagaimanapun, Anwar menjelaskan pertemuan itu hanyalah berkaitan penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA), dan bukannya soal politik.

"Saya jumpa Menteri Besar Selangor mengenai SUKMA. Masa sukan, mana ada masa (untuk) politik," kata beliau.

Ditanya tentang ruang kerjasama antara parti politik pada PRN Melaka, Anwar berkata kerjasama ialah perkara penting bukan sahaja dalam kehidupan, tetapi juga dalam pentadbiran.

"Ruang kerjasama … dalam hidup ini mesti bekerjasama. Ini semua kerjasama," kata beliau ringkas.

Semalam, Pengarah Komunikasi PH yang juga Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil mengesahkan Amirudin sudah bertemu dengan Anwar, Ahad lepas.

 
Back
Top
Log in Register