BTC USD 76,358.3 Gold USD 4,327.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PRN Melaka: Ab Rauf Diberi Mandat Runding Kerjasama, Pilih Rakan Boleh Beri KemenanganÂ

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,163
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,163
Reaction score
346
Points
141

PRN Melaka: Ab Rauf Diberi Mandat Runding Kerjasama, Pilih Rakan Boleh Beri KemenanganÂ​

b5832b15a3e3b4ecb34bd00567aab18f6a9d4c31649c4

30d768d02e8f5546264f88c44db63f346a9cf4f6ecb9c

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (depan, dua, kanan) menerima cenderahati daripada Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh (depan, tiga, kiri) ketika hadir pada Majlis Perasmian Penutup Karnival Anak Muda Negeri Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka hari ini.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberikan mandat kepada Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh untuk merundingkan kerjasama dengan mana-mana pihak bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan datang.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata rakan kerjasama yang dipilih haruslah mempunyai sifat jujur serta ikhlas bagi memastikan BN terus menerajui pentadbiran negeri pada penggal hadapan.

"Datuk Rauf, saya beri mandat berunding elok-elok, pilih partner (rakan) yang taat setia, yang boleh memberikan kemenangan pada kita (BN).

"Pilih partner yang ikhlas dan jujur dengan kita, yang bercakap di belakang sama, di depan sama, bukan yang cakap depan lain, belakang buat lain," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutupan Karnival Anak Muda Negeri Melaka 2026 yang turut dihadiri Ab Rauf di tapak parkir Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh di sini hari ini.

Ahmad Zahid pada masa sama mengingatkan agar BN Melaka mengekalkan 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dimenangi parti itu pada pilihan raya lepas.

Pada PRN Melaka yang diadakan pada 2021, BN menang  21 kerusi, manakala Pakatan Harapan (PH) memperoleh lima kerusi dan Perikatan Nasional (PN) dua kerusi.

Penggal DUN Melaka akan berakhir Disember ini.

 
jgn undi lagi baruah NED
 
Back
Top
Log in Register