BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PRN Melaka: Ahmad Zahid Beri Kuasa Penuh Kepada Ab Rauf Untuk Rundingan Kerjasama

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

PRN Melaka: Ahmad Zahid Beri Kuasa Penuh Kepada Ab Rauf Untuk Rundingan Kerjasama​

4f187af5ae206ae2b02ac56597e0b6b56a798e49c396c

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berinteraksi dengan masyarakat Orang Asli ketika melawat ruang pemeriksaan kesihatan selepas pelancaran Pelan Strategik Penentu Sosial Kesihatan Orang Asli (NSPSDHOA) di Kampung Air Banun hari ini.

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh diberikan kuasa penuh untuk mengadakan rundingan kerjasama dengan mana-mana gabungan parti bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan datang.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menegaskan perkara itu turut berharap rundingan tersebut tidak berlangsung dalam situasi rumit.

“Perbincangan yang selalunya rumit adalah mengenai pembahagian kerusi. Bincang baik-baik, tidak ada masalah yang tidak boleh dirungkaikan,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan perasmian Majlis Pelancaran Pelan Strategik Penentu Sosial Kesihatan Orang Asli (NSPSDHOA) 2026–2035 di Kampung Air Banun, di sini hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata keputusan yang dibuat dalam perbincangan  itu akan disampaikan kepada pucuk kepimpinan tertinggi UMNO sebelum dibawa kepada Dewan Tertinggi BN untuk dimuktamadkan.

Semalam, Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata PH menyambut baik keterbukaan BN berhubung pengagihan kerusi bagi menghadapi PRN Melaka akan datang, dan menyifatkannya sebagai peluang yang wajar diteliti.

Selain itu, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar juga berkata PN terbuka dan bersedia mengadakan rundingan dengan BN bagi menghadapi PRN Melaka.

Pada Sabtu, Ahmad Zahid berkata gabungan itu masih membuka ruang rundingan berhubung pengagihan, malah pertukaran kerusi bagi menghadapi PRN Melaka, asalkan dilakukan secara jujur dan ikhlas serta tidak menjejaskan jumlah kerusi parti masing-masing.

 
Back
Top
Log in Register