afwan83
Active+ Member
- Messages
- 3,221
- Joined
- Aug 4, 2011
- Messages
- 3,221
- Reaction score
- 12
- Points
- 25
Umno tak perlu uji ikhlas PAS, Sanusi ulas cadangan PRN Terengganu
Pengarah Pilihan Raya PAS Sanusi Nor tolak cadangan Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan agar PRN diadakan awal di Terengganu bagi membuktikan keikhlasan PAS berhubung penyatuan Melayu.
Pengarah pilihan raya PAS dan Perikatan Nasional (PN) itu, berkata keikhlasan Umno setakat ini hanyalah berpakat untuk saling memberi undi, bukannya melepaskan kerusi DUN.
Beliau mengulas seruan Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan pada Perhimpunan Agung Umno (PAU), baru-baru ini, antara lain mahu PRN Terengganu diadakan bagi membuktikan keikhlasan bekerjasama.
“Suruh Tok Mat beritahu PAS, kerusi mana milik Umno yang sudah dilepaskan kepada PAS di Johor dan Negeri Sembilan atau di Melaka nanti.
“Kalau tiada satupun kerusi milik Umno yang diberi kepada PAS, kena nak uji keikhlasan PAS di negeri lain kerana keikhlasan Umno setakat ini hanyalah pertahan apa yang mereka ada.
“Berebut pula di kawasan yang belum dimiliki membabitkan kerusi Pakatan Harapan (PH) dan kerusi bukan Barisan Nasional (BN),” katanya kepada Berita Harian.
Pada PRN Terengganu 2023, Umno tumpas di semua 27 kerusi ditandinginya, manakala PN menyapu bersih keseluruhan 32 DUN dengan PAS menang 27, manakala Bersatu (lima).
