afwan83
Active+ Member
- Messages
- 3,227
- Joined
- Aug 4, 2011
- Messages
- 3,227
- Reaction score
- 12
- Points
- 25
PAS dakwa keputusan tambah cabutan khas tak dibawa ke Jemaah Menteri
Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata teguran dibuat selepas pihaknya menyedari perkara itu, namun keputusan dibuat lebih awal.
Setiausaha Agungnya, Takiyuddin Hassan, berkata perkara itu di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan dan tiada memorandum atau kertas Jemaah Menteri dikemukakan.
Jelasnya, teguran dibuat selepas pihaknya menyedari perkara itu, namun keputusan dibuat lebih awal.
“Tengku Zafrul Aziz menteri kewangan (ketika itu). Kami menteri lain dan apabila ia tidak dibawa ke Kabinet, kami tidak ada maklumat.
“Bila sudah keluar berapa kali itu (keputusan cabutan) barulah kami buat teguran, tetapi perkara itu sudah diputuskan,” katanya selepas perasmian dan ucapan dasar presidennya pada Muktamar PAS ke-72.
Beliau berkata, isu lesen perjudian dan jumlah cabutan di bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan, khasnya Kementerian Kewangan, manakala kerajaan negeri hanya mempunyai bidang kuasa ke atas premis perjudian.
Takiyuddin dilantik menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) di bawah kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin serta menteri tenaga dan sumber asli ketika pentadbiran Ismail Sabri Yaakob.
Semalam, Tengku Zafrul dilaporkan berkata, keputusan meningkatkan jumlah cabutan khas nombor ramalan kepada 22 kali setahun merupakan keputusan bersama kerajaan terdahulu yang turut membabitkan menteri PAS ketika itu.
Penasihat kanan politik perdana menteri itu berkata, cabutan khas bukan perkara baharu kerana ia diperkenalkan sejak 1999, malah had siling 22 cabutan setahun sudah wujud ketika pentadbiran Barisan Nasional, sebelum beliau dilantik sebagai menteri kewangan.
