sutranilam
Active+ Member
- Messages
- 4,575
- Joined
- Oct 18, 2007
- Messages
- 4,575
- Reaction score
- 318
- Points
- 41
...
)
d) Manakala media antarabangsa yang menyalahkan Mahathir dan cuba menaikkan Anwar, ini adalah kerana Barat hanya mahukan dua corak Islam yang boleh mereka kuasai, iaitu Islam yang berbentuk ilmiah tanpa pelaksanan hukum sperti yang dipelopori IIIT, ICMI dan ABIM. Dan yang kedua bercorak Afghanistan atau ala Taleban kerana peluang bagi Barat untuk mengambarkan betapa buruknya Islam. Dan Anwar adalah paling layak untuk mengekalkan pengaruh Barat dan sesuai dengan kehendak mereka untuk menghadapi 250 juta umat Islam di sebelah sini.
Betul ke kenyataan di atas?Tapi yang menghairankan bila anwar di julang oleh negara neraga rantau telik, tidak ada satu pemimpin umno pun yang melabelkan anwar sebagai pro arab.Itu yang anehnya.Perlu di ingat bahawa anwar bukan saja rapat dengan barat tapi dengan dunia islam.Malah pemimpin pemimpin di indonesia walaupun anwar sudah tidak jadi pemimpin kerajaan, mereka masih menjemput anwar di majlis majlis rasmi.Ini membuktikan ketokohan nya di akui.
f) Skandal seks Anwar ..... tidak tahu sejauh mana benarnya tuduhan itu tetapi dengar khabar ada percubaan untuk membunuh orang (Azizan) yang menulis surat sumpah yang mengaku melakukan homoseks dengannya tetapi yang menjadi mangsa ialah isterinya, ia seharusnya disiasat, tetapi di sini media akan menutupnya, berbeza dengan di luar negara di mana media mereka akan mendedahkannya. Anwar patut membersihkan skandal seksnya kerana kitapun tidak mahu dia teraniaya. Lebih 6 bulan dia tidak bercakap soal agama, baru sekarang dia hendak khutbah, baginya masyarakat mungkin sudah lupa, tetapi kita pelik mengapa dia tidak membersihkan dirinya setakat ini? Masih banyak tanda soal, orang yang menulis surat itu berada dalam ketakutan dan masih diugut, diancam oleh pihak tertentu. Saya pernah berjumpa dengan orang (Umi Hafilda) yang menulis surat terbuka itu dan dia bukanlah pada peringkat menuduh Anwar melakukan apa-apa tetapi mereka empat keluarga mengakui sungguh-sungguh melihat Anwar masuk ke dalam apartment bersama dengan pasangan tertuduh itu. Pendirian penulis itu tidak berubah dan dia takut untuk bertembung dengan orang dikhuatiri akan disiasat oleh polis Cawangan Khas.
Skandal seks ini kalau sesiapa yang mengikuti dari hari pertama beliau di pecat, umum akan tahu bahawa semua ini di reka dan di rancang sejak sekian lama.Orang orang yang merancang memang telah di ketahui umum....dan telah di dedahkan.Antara orang orangnya ialah aziz samsudin, tengku adnan tengku mansor, VK Lingam, Vincent Tan, Umi Hafilda, KPN ketika itu, Bekas Peguam Negara dan bekas ketua hakim negara.Sebab itu kita boleh lihat banyak fakta bercanggah di mahkamah.Yang paling jelas tuduhan anwar di liwat belaku pada mulanya di buat pada bulan Feb 1992.Lepas tu bila peguam anwar dedahkan bahawa pada masa tu apartment tempat berlakunya kejadian belum siap masa tu, peguam negara terus ubah tarikh ke march 1993.Sekali lagi bila peguam anwar buktikan rumah tersebut under renovation ketika itu, mereka telah terperangkap.Dan satu lagi fakta penting azizan mengaku sebanyak 3 kali di mahkamah bahawa antara 1992-1997 beliau tidak pernah di liwat oleh anwar.Jadi kalau tuan punya badan dah mengaku, kenapa masih di jatuhkan hukuman bersalah?Jawapannya kerana merekan dah rancang.Kalau betullah anwar ada songlap duit negara dan jadi agen yahudi seperti yang orang cakap kan, beliau boleh di pecat atas alasan keselamatan negara dengan kemukakan bukti sahih dan sudah tentu orang akan terima dan tak perlu cipta cerita liwat dan seks.Tapi masalahnya mereka cuba mengorek kesalahan anwar tetapi tidak jumpa.Akhirnya mereka gunakan alasan liwat.Pada ketika itu anwar di pecat dahulu sebelum bukti di reka.Sebab itulah kita nampak masa perbicaraan mereka kelam kabut.Malah ada seorang saksi polis yang tidak tahan di asak oleh peguam anwar mengaku bahawa kalau orang atasan menyuruh beliau menipu, beliau akan ikut.