BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anwar tuntut Tuan Ibrahim mohon maaf, tarik kenyataan fitnah

afwan83

Active+ Member
Messages
3,224
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,224
Reaction score
12
Points
25

Anwar tuntut Tuan Ibrahim mohon maaf, tarik kenyataan fitnah​

81c0da90-anwar-ibrahim-n-tuan-ibrahim-tuan-man-collage-280924.jpg

Perdana Menteri Anwar Ibrahim tuntut Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man tarik balik kenyataan, padam hantaran di media sosial, mohon maaf secara terbuka serta beri jaminan tidak mengulangi dakwaan tersebut.

Sekiranya gagal berbuat demikian, Anwar akan memfailkan saman fitnah terhadap Tuan Ibrahim.

Dalam surat tuntutan, peguam Anwar, SN Nair berkata, Tuan Ibrahim didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah itu ketika berucap pada satu ceramah PAS di Felda Jenderak Utara, Kuala Krau, pada 14 Jun.

Sebahagian ucapan itu kemudian dimuat naik ke laman Facebook dan YouTube milik Tuan Ibrahim pada keesokan harinya.

Dalam ucapan tersebut, Tuan Ibrahim mendakwa mereka yang mengkritik menteri tidak lama lagi akan disiasat oleh polis.

Tuan Ibrahim juga menyentuh mengenai ‘penyelewengan, rasuah dan salah guna kuasa’, yang menurut peguam Anwar boleh difahami sebagai merujuk kepada perdana menteri dan pentadbirannya.

Anwar menafikan semua dakwaan tersebut dan menegaskan beliau tidak pernah mengarahkan polis menyiasat mana-mana individu yang mengkritik kerajaan, selain tidak pernah campur tangan dalam institusi diraja Negeri Sembilan.

Beliau menuntut Tuan Ibrahim menarik balik kenyataan berkenaan, memadam hantaran di media sosial, mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka tanpa syarat, serta memberi jaminan tidak akan mengulangi dakwaan tersebut. Beliau turut menuntut ganti rugi dan kos guaman.

Nair turut menyatakan bahawa Tuan Ibrahim tidak mengemukakan sebarang bukti bagi menyokong dakwaan bahawa Anwar terlibat dalam rasuah, penyelewengan atau penyalahgunaan kuasa.

FMT telah menghubungi Tuan Ibrahim untuk mendapatkan maklum balas.
 
Ok, harap Tuan Ibharim dapat bagi ultimatum biar PMX terduduk. Pakar dalil nombor dua dlm pimpinan PAS xkan lah bercakap x ada nas, mesti dah cukup solid dah nas dan dalil dalam simpanan Tuan Ibharim, tgu masa nak bagi PMX terduduk.
 
Back
Top
Log in Register