BTC USD 76,311.8 Gold USD 4,324.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Saman Fitnah: Jamal Yunos Mohon Maaf Kepada Khairy, Kes Selesai

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,716
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,716
Reaction score
97
Points
80

Saman Fitnah: Jamal Yunos Mohon Maaf Kepada Khairy, Kes Selesai​

c846a0a7880bea76f82fe0bbc8ac0b366a0fef013afb0

Kes saman fitnah difailkan bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin terhadap Datuk Seri Jamal Md Yunos selesai selepas Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu membuat permohonan maaf secara terbuka di Mahkamah Tinggi, di sini hari ini.

Kes saman fitnah difailkan bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin terhadap Datuk Seri Jamal Md Yunos selesai selepas Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu membuat permohonan maaf secara terbuka di Mahkamah Tinggi, di sini hari ini.

Khairy memfailkan saman itu pada 24 Mei 2023 berhubung kenyataan media yang didakwa berunsur fitnah semasa Perhimpunan Agung UMNO 2022 pada 14 Jan tahun sama.

Jamal ketika membacakan draf penghakiman persetujuan mengakui dakwaannya terhadap bekas Ahli Parlimen Rembau itu adalah tidak benar, tidak berasas serta tidak disokong bukti yang mencukupi.

"Saya sesungguhnya kesal atas penerbitan dan penyebaran kenyataan-kenyataan tersebut yang telah menyebabkan gangguan, penghinaan awam dan kerosakan kepada reputasi, nama baik serta kredibiliti Khairy.

"Oleh itu, saya menarik balik sepenuhnya segala kenyataan fitnah yang telah saya keluarkan terhadap Khairy dalam sidang media dan penerbitan tersebut," katanya.

Beliau turut memohon maaf kepada Khairy atas kesulitan, tekanan dan kerosakan reputasi yang timbul akibat daripada kenyataan berkenaan.

Jamal berkata beliau sebelum ini mendakwa Khairy mengupah atau membayar perwakilan untuk melakukan perbuatan "boo" selain mengaitkan bekas menteri itu serta mengaitkannya dengan perbuatan rasuah dan tindakan yang tidak berintegriti.

"Saya mengakui kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh saya dalam sidang media dan penerbitan tersebut telah membawa maksud atau implikasi bahawa Khairy ialah seorang yang tidak berintegriti, tidak berwibawa sebagai pemimpin dan terlibat dengan amalan rasuah, yang perkara itu tidak benar sama sekali.

"Oleh itu, saya bersetuju untuk memadamkan serta-merta dan selama-lamanya rakaman video sidang media tersebut dan apa-apa bentuk penerbitan daripada akaun Facebook ‘DS Jamal Yunos (DS Jamal Yunos Official)’ dan akaun TikTok ‘jamal_yunos’ serta memastikan bahawa penerbitan tidak lagi boleh diakses oleh orang awam," katanya.

 
Back
Top
Log in Register