BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Saya mohon maaf, kata Wong Chen kepada rakyat Subang

afwan83

Active+ Member
Messages
3,221
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,221
Reaction score
12
Points
25

Saya mohon maaf, kata Wong Chen kepada rakyat Subang​

98d0e504-47c2-48ab-9469-c3945cdd1357-Wong-Chen-Bersama-120826-.jpg

Wong Chen berkata, beliau tidak menyesal selepas lebih 13 tahun berkhidmat sebagai Ahli Parlimen.

Wong berkata, beliau tidak menyesal sepanjang lebih 13 tahun sebagai Ahli Parlimen, selain tekun berkhidmat mewakili penduduk Subang dan Kelana Jaya, sejak 2013.

“Meletak jawatan satu tahun lebih awal (sebelum Parlimen terbubar automatik) menjadi perkara yang saya ingin mohon maaf kepada rakyat.

“Saya sepatutnya boleh menunggu sehingga Parlimen dibubarkan, tetapi saya memilih untuk berundur,” katanya kepada pemberita pada sidang media di ibu pejabat Bersama, di Puchong.

Wong berkata, keputusannya meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Subang disusuli keluar PKR didorong rasa tanggungjawabnya mempertahankan demokrasi dan Perlembagaan Persekutuan.

“Rekod saya jelas, hati nurani saya benar-benar bersih,” tambahnya.

Wong meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Subang pada Isnin, sekali gus meninggalkan PKR untuk menyertai Bersama hari ini.

Beliau antara beberapa Ahli Parlimen PKR yang hadir pelancaran Bersama oleh bekas menteri, Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad pada Mei.
 
Back
Top
Log in Register