BTC USD 76,358.3 Gold USD 4,310.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wong Chen Sertai Bersama

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,777
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,777
Reaction score
289
Points
146

Wong Chen Sertai Bersama​

f1b8aabb6989f7be79e84990bdbf0b296a7c9eb87134f

Wong Chen

Kredit : FB Wong Chen


Bekas Ahli Parlimen Subang Wong Chen hari ini mengumumkan penyertaannya dalam Parti Bersama Malaysia (Bersama), dua hari selepas meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Rakyat.

Beliau membuat pengumuman itu dalam sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat Bersama di Puchong, yang turut dihadiri pemimpin utama parti itu Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad.

Wong Chen sebelum ini dilaporkan secara rasmi meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Subang berkuat kuasa pada 5 petang, 10 Ogos lepas.

 
HPf5Xy1bwAAXYsq.jpg


𝗞𝗘𝗡𝗬𝗔𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔
𝟭𝟮 𝗢𝗴𝗼𝘀 𝟮𝟬𝟮𝟲

𝗪𝗢𝗡𝗚 𝗖𝗛𝗘𝗡 𝗦𝗘𝗥𝗧𝗔𝗜 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔, 𝟳 𝗔𝗞𝗧𝗜𝗩𝗜𝗦 𝗗𝗜𝗕𝗘𝗥𝗜 𝗔𝗠𝗔𝗡𝗔𝗛 𝗠𝗘𝗡𝗝𝗔𝗗𝗜 𝗝𝗨𝗥𝗨𝗖𝗔𝗞𝗔𝗣

Bagi pihak BERSAMA, kami mengalu-alukan penyertaan Saudara Wong Chen, mantan Ahli Parlimen Subang sebagai ahli BERSAMA berkuat kuasa hari ini.

Beliau telah membuat permohonan menjadi ahli BERSAMA secara atas talian dan akan diproses mengikut peraturan keahlian.

Saudara Wong Chen telah menjadi Ahli Parlimen sejak tahun 2013.

Sesuai dengan pengalaman beliau, Saudara Wong Chen akan bertanggungjawab menyelia persediaan kertas-kertas dasar BERSAMA.

Menjelang Hari Merdeka 2026, BERSAMA akan mula menerbitkan satu siri kertas dasar yang dinamakan Kertas Kancil.

Setiap satu dari 12 Agenda BERSAMA akan diperincikan dengan mendalam untuk mencambahkan diskusi dalam masyarakat mengenai langkah, dasar, akta-akta dan bentuk program yang perlu dilaksanakan untuk mencapai keberhasilan di dalam Agenda BERSAMA.

Perincian mengenai proses, rundingan terbuka dan forum-forum untuk membincangkan cadangan di dalam setiap Kertas Kancil akan diumumkan kelak.

Kami juga ingin berterima kasih kepada ahli-ahli BERSAMA yang telah tampil memikul tanggungjawab menggerakkan parti sejak dilancarkan semula hampir 3 bulan lepas.

BERSAMA sedang memasuki fasa berkembang yang seterusnya, yang memerlukan lebih ramai pimpinan pelapis untuk menguruskan dan menggerakkan parti.

Oleh itu, kami berbesar hati untuk mengumumkan bahawa BERSAMA akan menamakan penggerak-penggerak dan tokoh-tokoh sama ada sebagai:

1) Jurucakap BERSAMA – diberi mandat untuk mewakili BERSAMA dalam bidang dan kumpulan masing-masing

2) Calon Bayangan BERSAMA – dikenal pasti dan diberi mandat untuk menyusun persediaan BERSAMA di kerusi-kerusi yang bakal ditandingi oleh BERSAMA

3) Penggerak BERSAMA – diberi mandat untuk menjadi rujukan ahli-ahli BERSAMA dan mewakili BERSAMA dalam mengelolakan pertumbuhan parti

Pengurusan BERSAMA akan mengumumkan Jurucakap-jurucakap, Calon Bayangan dan Penggerak dari satu masa ke semasa untuk mengukuhkan lapisan pengurusan parti, ke arah satu pemilihan parti untuk memilih barisan kepimpinan baru BERSAMA.

Proses ini akan dimulakan dengan pindaan Perlembagaan BERSAMA yang kini sedang diuruskan, selari dengan keperluan undang-undang di bawah Akta Pertubuhan.

Pada hari ini, BERSAMA berbesar hati untuk mengumumkan kumpulan pertama tujuh (7) orang Jurucakap BERSAMA.

Kami mengalu-alukan tujuh (7) orang tokoh-tokoh berikut:

𝗦𝗨𝗠 𝗗𝗘𝗞 𝗝𝗢𝗘
Lulusan MA (Internasional and Development Economics) dan BA (Economics) dari Australian National University (ANU), beliau adalah seorang ahli ekonomi yang bertugas di ASEAN+3 Macroeconomic Research Office, Fiscal Surveillance Group (Singapura) sehingga bulan lepas.

Sebelum itu beliau bertugas di Asian Development Bank (ADB) sebagai penasihat ekonomi makro, perunding ekonomi kepada kerajaan Papua New Guinea dan pensyarah di ANU.

Beliau akan mengendalikan persediaan kertas-kertas Kancil bersama-sama pemikir yang lain.

𝗜𝗕𝗥𝗔𝗛𝗜𝗠 𝗦𝗔𝗡𝗜
Seorang akauntan profesional dan memulakan kerjaya di sektor perbankan korporat, sebelum menjadi personaliti media di Astro Awani dan BFM.

Sebelum ini, beliau adalah Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Peneraju yang bertanggungjawab mengendalikan program-program profesional untuk bakat Bumiputra.

𝗪𝗔𝗡 𝗭𝗨𝗟𝗔𝗜𝗞𝗔 𝗔𝗕𝗗𝗨𝗟 𝗞𝗔𝗛𝗔𝗥
Seorang akauntan yang pernah bertugas sebagai pengurus di firma-firma besar negara termasuk KPMG, PETRONAS dan Sime Darby.

Beliau telah lama membabitkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan dan politik di kalangan aktivis wanita muda.

𝗝𝗛𝗘𝗡 𝗣𝗘𝗜 𝗦𝗘𝗔𝗛
Berkelulusan ijazah kelas pertama dalam kejuruteraan dari University of Nottingham (UK), Jhen adalah seorang jurutera geoteknikal yang pernah terbabit dalam projek-projek besar seperti KVMRT Line 2, WCE dan lain-lain.

Beliau juga membabitkan diri dengan kerja-kerja pembangunan dasar bersama-sama beberapa pertubuhan bukan kerajaan.

𝗔𝗡𝗕𝗔𝗥𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗠𝗨𝗥𝗨𝗚𝗘𝗦𝗨
Anba adalah pemimpin masyarakat setempat yang berkhidmat sebagai ahli Majlis Bandar Raya Subang Jaya di antara 2015 hingga 2026. Beliau juga adalah bekas Ketua Whip MBSJ di antara tahun 2020 hingga 2026.

𝗧𝗔𝗡𝗚 𝗛𝗢𝗡𝗚 𝗬𝗔𝗨
Berkelulusan undang-undang dari Universiti Malaya, Hong Yau adalah personaliti media Mandarin yang pernah menjadi wartawan multimedia dengan 8TV dan BFM.

Beliau kini mengendalikan podcast Mandarin, selain dari menubuhkan Got Point Education Centre, sebuah pusat latihan berbahasa Mandarin di Petaling Jaya.

𝗥𝗔𝗕𝗜𝗔𝗧𝗨𝗟 𝗔𝗗𝗔𝗪𝗜𝗬𝗔𝗛 𝗦𝗨𝗟𝗔𝗜𝗠𝗔𝗡
Berkelulusan undang-undang dari UiTM, beliau adalah seorang rakan kongsi firma guaman.

Beliau telah membabitkan diri dalam pelbagai aktiviti politik wanita muda dan kegiatan kemasyarakatan sebelum ini.

𝟭𝟮 𝗢𝗚𝗢𝗦 𝟮𝟬𝟮𝟲

Bagi pihak 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔

𝗥𝗔𝗙𝗜𝗭𝗜 𝗥𝗔𝗠𝗟𝗜
𝗡𝗜𝗞 𝗡𝗔𝗭𝗠𝗜 𝗡𝗜𝗞 𝗔𝗛𝗠𝗔𝗗
𝗦𝗬𝗨𝗞𝗥𝗜 𝗥𝗔𝗭𝗔𝗕

Kenyataan media penuh boleh diakses di sini:
 
Back
Top
Log in Register