BTC USD 75,879.3 Gold USD 4,332.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wong Chen letak jawatan ahli Dewan Rakyat, kosongkan kerusi Subang

Jarang dengar YB kawasan 3 penggal letak jawatan.
Kalau YB tolak percalonan pernah le dengar.

Mmg messy pkr sekarang
Aku nak share wassap screenshot kang takut kantoi pulak
 

Speaker Dewan Rakyat Sahkan Terima Notis Peletakan Jawatan Wong Chen​

42fe22319347718a2d7e11c954fc725b63022606dc3ad


Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Dr Johari Abdul mengesahkan beliau telah menerima notis peletakan jawatan Ahli Parlimen Subang Wong Chen secara rasmi semalam.

“Seperti semua sedia maklum, Yang Berhormat kawasan Subang telah menghantar surat untuk melepaskan keahlian beliau berkuat kuasa semalam.

“Sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat, saya telah memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya mengenai kekosongan kerusi Ahli Parlimen Subang selaras dengan Perkara 54 (1) Perlembagaan Persekutuan,” katanya pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat di sini hari ini.

Semalam, Wong Chen mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ahli Parlimen Subang menerusi hantaran Facebook, sekali gus mengesahkan peletakan jawatan beliau secara sukarela.

Beliau turut berkongsi notis yang dihantar kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat bertarikh 5 Ogos melalui hantaran sama.

 
cer sebut nama yg masuk politik bukan untuk cari makan tu bang...

nak tau jugak sapa :LOL:
Saya kadang-kadang berfikir...... pendapat saya, semasa mula-mula negara ni nak ditubuhkan dulu, memang ada orang yang bertanding pilihanraya bukan untuk cari makan.....tapi, dorang ni memang bersungguh-sungguh nak bina negara untuk generasi selepas tu......tapi, lama-kelamaan sampai ke zaman ni, orang masuk politik sebab platform carik makan....bukan lagi untuk maslahat negara.......kikikikikiki
 
Back
Top
Log in Register