BTC USD 83,960.1 Gold USD 4,123.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Antara PAS dan Anwar Ibrahim

den pun tak faham ngan katakhijau nie...

sepatutnya dia ni dah sedar sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh katakhijau ni akan dibolayan jer oleh para pembaca CG kat sini...

tapi masih lagi insist untuk posting something yang macam nie...hebat betul la dia nie, sangat istiqamah kepada UMNO dan Barisan Nasional..jarang nak ada orang macam ni yang sangat setia..

kang bagus kalau Parti Islam dapat orang macam ni yang akan perjuangkan agama Allah dan Rasul-Nya..ruginya dia menyokong parti yang menentang Allah...

den doakan semoga beliau terbuka untuk menyokong dan mendokong agama Allah dan Rasul-Nya...

hendak seribu daya...........
 
Kata2 KatakHijau tu sindiran
pada yang cakap x serupa bikin....
Kenyatan beliau x tak nampak di sekutukan Allah...ada ker?
Biarlah dia nak nak "Panggil Hujan"....
Hang doakan dia ( Badan sekarang dah ijau ) tambahkan Bulan ...
Dia akan hebat dari hang! ....
KatakHijau anti kat org Munafik dan ber rethorik... meludah ke langit jilat sendiri...

Wallahualam

Originally Posted by kuhik
den pun tak faham ngan katakhijau nie...

sepatutnya dia ni dah sedar sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh katakhijau ni akan dibolayan jer oleh para pembaca CG kat sini...

tapi masih lagi insist untuk posting something yang macam nie...hebat betul la dia nie, sangat istiqamah kepada UMNO dan Barisan Nasional..jarang nak ada orang macam ni yang sangat setia..

kang bagus kalau Parti Islam dapat orang macam ni yang akan perjuangkan agama Allah dan Rasul-Nya..ruginya dia menyokong parti yang menentang Allah...

den doakan semoga beliau terbuka untuk menyokong dan mendokong agama Allah dan Rasul-Nya...
--->

hmm itulah kalau Kuhik dah terlalu taksub.Kita tak boleh terlalu fanatik,kerana dlm politik,apa saja boleh jadi. Hari ni pendirian lain,esok pendirian lain pula,hari ni kawan,esok lawan. Kita perlu punya pemikiran kritis mmenilai sendiri adakah ianya hanya retorik mainan politikus semata2 atau benar2 keikhlasan.
Setakat mempunyai pemikiran berbeza maka di katakan menentang Allah? hmm...tak tau ape nak cakap.kafir mengkafir ikut suke je. sikap inilah sesuai dgn sikap yg DSAI mempopularkan dan mengasaskan istilahnya..JUMUD..
 
Last edited:
:eek: Aku tetap dengan pendirian bahawa Anwar Ibrahim tidak sesuai menjadi Perdana Menteri Malaysia....aku pasti Malaysia akan kelam kabut dibawah mamat ni.

Kadang2 kita nak pilih mempelam tgk kulit cantik...ada ulat kat dalam tak tau..hehehe:eek: :eek:

Kadang-kadang kita tgk awek lawa...wangi...tapi kita tak tau pun dia mandi ke tak..:eek: :eek:

Kadang-kadang kita tgk kuih jual kat kedai...warna cantik..menarik...bila makan rasa hampeh...:eek:
 
satu artikel yg cukup mantap padat dengan fakta2 ilmiah.
baca dan fikir2kanlah. aku pun xsetuju klau anuar ibrahim jadi pm
 
ni copy paste komen dri detikdaily tu :

"Saya telah meneliti tulisan panjang lebar di atas dan saya percaya telah ditulis dengan kajian yang cukup teliti. Kita akui semua yang dicatatkan mengenai hubungan PAS dan DSAI. Namun begitu kita juga harus ingat bahawa saudara DSAI telah pun mnerima hukumannya cash di dunia ini jika benar apakah yang didakwa itu. Pun begitu kita harus jangan lupa bahawa selagi manusia itu bernama manusia, lalai dan lupa adalah salah satu sifatnya. Apakah kita tak mungkin boleh memaaf dan menerima beliau kembali jika benar beliau telah sedar. Apakah kita hendak meninggikan darjat kita melebihi Allah yang sanggup mengampunkan dosa makhluknya walaupun sebanyak buih di lautan. Siapa kita untuk itu. Apa yang dapat kita lihat kini ialah selepas melalui sehala macam kesukaran dan detik-detik yang dia sahaja dapat rasakan (mungkin kita sendiri tak mampu hadapinya) belia dilihat semakin menghayati erti sebenar sebuah kehidupan dan cuba membawa satu perubahan yang dapat dilihat melalui bicara dan sikapnya. Salah kah kalau kita memberi sokongan dan dokongan kepadanya kalau dibandingkan dengan mereka yang pernah berkuasa dan sedang berkuasa. Kita dapat lihat sekarang betapa seorang yang pernah berkuasa suatu ketika dulu kini asyik mempertikaikan orang yang dilantiknya sendiri. Dia juga mempertikaikan segala macam perkara yang semuanya dibuatnya ketika berkuasa. Realitinya saya rasa tidak salah kalau kita memberi dokongan kepada DSAI yang semua apihak akui kewibawaaannya untuk membawa satu perubahan yang boleh diterima oleh semua."

husnuzon la akunya hehe....
 
setahu aku..kj yg pi jumpe anwar....xkan membe baru kua penjara nak pi terus lepak ngan kj....dia sape lak.....?
hm..bukan ke kj merayu kat anwar ajak join amno....kalau nak hentam aku, hentam la.. aku atas tembok cina ni...

kj jumpa anwar?? tak lah anwar dtg tempat kj la.. aku ader time tu:D :D .. dua-dua raja korup kalau dh jumpa, x tau la borak aper.. borak pasal bola kot :p
 
...

apa2lah...bagi aku kalau daripada pakatan rakyat,Husam Musa layak jadi PM..

Tuan tanah ni sebenarnya bukan sokong pun husam musa.Saja nak buat provokasi.Kalau pakatan rakyat jadi pemerintah pun,tak mungkin husan musa jadi PM kerana dia bukan pemimpin tertinggi pas.Bukankah PM akan di lantik di kalangan pemimpin teratas sesebuah parti.
 
Last edited:
) Jangan lupa semasa Anwar hendak menjatuhkan Ghafar Baba wujud peranan Quek Leng Chan dan beberapa jutawan lain yang membiayai golongan tertentu untuk menguasai saham NST dan TV3 gara-gara untuk mengukuhkan posisi Anwar. Kita juga ingin bertanya 300 juta saham Petronas Dagang dilabur ke mana sehingga perwakilan Sabah berubah dari menyokong Ghafar kepada Anwar dengan begitu mengejutkan?

Betul ke kenyataan di atas?Kalau betul dah lama UMNO akan guna isu ni berulang ulang kali dan tak perlu nak reka reka tuduhan yang anwar ni kaki liwat.Orang menyokong anwar masa itu adalah kerana ketokohan beliau yang lebih menonjol jika di bandingkan dengan ghafar baba.Memang negara barat memuji anwar ketika itu dan menganggap beliau seorang good debater kerana kepetahan beliau mempertahankan imej malaysia bila di serang wartawan asing.
Contohnya kalau ada persaingan jawatan presiden umno antara Najib dan pak lah, orang umno sudah tentu akan memilih kem yang mereka rasa kuat, takkan mereka nak berpayung pada kem yang lemah.Begitu juga suasana pada masa tu.Pemimpin bahagian ketika itu dalam keadaan serba salah ibarat nak di luah mati emak dan kalau tak di luah mati bapak.Tapi mereka akui ketokohan anwar ketika itu dan mencalonkan anwar secara beramai ramai.Tapi ketika itu memang anwar layakpun untuk naik ke atas.
c) Imej Anwar nampak bersih adalah kerana media tempatan yang dikuasainya. Pernah satu ketika bila menonton TV3, berita Anwar diutamakan diikuti berita lain dan keempat baru PM. Bila kita hentam PM barulah berita ini berada ditempat pertama.

Bila seseorang itu di lihat ketokohannya sudah tentu media media akan beri tempat secara sendirinya.Buat pengetahuan umum, 70% saham TV3 di pegang secara peribadi oleh Dr Mahathir.Ini di dedahkan oleh DSAI sendiri dalam program hardtalk yang di siarkan secara langsung dalam astro.Dr Mahathir selepas itu tidak menafikan perkara tersebut sebaliknya beliau kata beliau pegang saham itu bagi pihak UMNO.Kalau pegang bagi pihak UMNO, pasal ada guna nama peribadi beliau?Itu yang jadi persoalan.
 
Back
Top
Log in Register