BTC USD 82,917.4 Gold USD 4,104.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Antara PAS dan Anwar Ibrahim

bukan prvokasi.husam musa lebih diterima ramai,malah mempunyai kelebihan usia,bakat politik dan pemikiran kritikal,beliau pun boleh berhujah agama smcm DSAI tanpa dilihat ekstremis tetapi moderate yg lebih boleh diterima semua kaum di malaysia.
usah dipertikai faktor moderate kerana tanpa faktor moderate ini,sudah tentu TG hadi awang jadi pengerusi pakatan rakyat kan? sebaliknya DSAI,kerana beliau lebih moderate dan boleh diterima semua org.

malahan dlm soal hubungan dgn DAP,PKR,kelihatan byk kelibat Husam musa yg mewakili dua org tuan guru sebgai jambatan yg menghubungkan pas dgn pakatan rakyat.
kalau beliau tak boleh jadi pm kerana bukan presiden parti, maka dsai pun bukan presiden pkr.itu bukan alasan dlm normaliti politik.

yg ni aku sokong katakhijau :D :D :D :)cgrock
 
..

Soalan mudah untuk Hang:
Kenapa dalam list Future for Foundation tidak ada Korea Utara? ...
p/s: Semut tolong jgn jawab:eek:

Sebelum saya jawap saya nak tanya saudara daeng,tahu ke apa dia future foundation tu?Peranan dan fungsinya?

Well, tapi tidak mengapa, Saya akan jawap disini secara jelas tentang Future Foundation.

The Foundation for the Future telah mula mula di cadangkan di Bahrain pada November 2005 oleh menteri menteri luar dari negara negara Middle East, North Africa, Europe dan USA. Ia adalah badan bebas yang melibatkan NGO dan kerajaan kerajan untuk menyokong masyarakat sivil dalam menyuburkan demokrasi dan keadilan di asia barat dan afrika utara.

Pada peringkat awalan, Foundation telah di janjikan dana bantuan oleh beberapa negara perancang seperti United Kingdom, Jordan,Turki, Jordan,Saudi Arabia, Marocco, Qatar ,Syria dan USA. Kebanyakan negara tersebut sudah menyalurkan bantuan pada Foundation kecuali USA.Setakat ni USA tidak beri apa apa dana bantuan pun seperti yang mereka janjikan, mungkin kerana mereka rasakan yang ia lebih memberi manafaat pada masyarakat islam, sebab itu mereka batalkan hasrat untuk beri sumbangan.Tetapi Future Foundation ini tidak bergantung pada USA pun kerana selama ni yang banyak memberi dana adalah Turkey, Jordan dan Arab Saudi je.

DSAI telah di jemput untuk menganggotai Foundation Board pada June 2006 bersama perwakilan dari Morocco, Kuwait, Iraq, Spain, Syria, Turkey, Lebanon, US, Saudi Arabia, Egypt, Switzealand dan Qatar.

Board members yang lain termasuk Kamel Abu Jaber, penasihat menteri luar Jordan; Dr. Cornelio Sommaruga, bekas president International Committee of the Red Cross; Professor Ibrahim Kallin, penasihat menteri luar Turkey; and Sandra Day O’ Connor, bekas hakim mahkamah agung USA.

Mesyuarat pertama Foundation Board diadakan di Doha, Qatar atas jemputan Sheikh Hamad Bin Jassim Bin Jabr Al-Thani, iaitu Perdana Menteri Qatar pada 15 July 2006.Dalam mesyuarat tersebut, Dato Seri Anwar telah sebulat suara di pilih menjadi pengerusi kehormat pertama Future Foundation selepas nama beliau di cadangkan oleh Perwakilan Jordan dan Turkey.

Pada awalnya Beirut di pilih menjadi ibupejabat Foundation tersebut tetapi terpaksa di ubah ke Jordan kerana krisis lubnan-israel ketika itu. Pada Board Meeting 4 December 2006 di Amman, Jordan, DSAI menemui menteri luar Jordan Abdelelah Al-Khatib, yang mana persetujuan di capai untuk meletakkan ibu pejabat di Jordan dan bukan di beirut.

Isu Future Foundation ni telah di sensasikan oleh Khiry Jamaludin yang kononnya menuduh DSAI menjadi alat USA dalam Foundation ini.Tapi yang jelas Foundation ini di sertai oleh majoriti negara negara islam yang menyalurkan dana dan bukannya USA.

Antara tuduhan KJ dan UMNO menuduh anwar kononnya anwar telah melantik seorang agen USA bernama Ms. Shaha Ali Reza di Foundation dan di tawarkan gaji yang mahal.Sedangkan perlantikan di buat oleh World Bank pada hujung tahun 2005 dan DSAI pada ketika itu tidak mempunyai apa apa jawatan pun dalam Future Foundation.Selepas dari kenyataan KJ yang menuduh Future Foundation tersebut, Future Foundation telah keluarkan kenyataan rasmi dan memberitahu bahawa tindakan undang undang akan di ambil terhadap KJ atau sesiapa yang memfitnah Future Foundation tanpa selidik fakta sebenar.

Asalkan DSAI pegang apa apa jawatan penting di luar negara dengan mudah saja orang orang UMNO labelkan beliau sebagai agen yahudi atau agen asing tanpa tahu fakta sebenar.

Saya rasa saya dah jawap soalan Saudara Daeng secara details.Walaupun soalan saudara bertanya tentang korea utara, tapi saya huraikan secara details dengan panjang lebar.

JAWAPAN KEPADA SOALAN SAUDARA : Sudah tentulah Korea Utara tidak termasuk dalam Future Foundation kerana ia tujuan penubuhan hanya melibatkan negara negara Middle East dan Afrika Utara.Ini bukan idea DSAI tetapi anggota anggota majlis tersebut yang majoriti di anggotai oleh negara negara islam dari Asia Barat dan Afrika Utara.DSAI hanyalah sebagai pengerusi kehormat pertama Future Foundation dan sebarang keputusan rasmi di buat secara kolektif oleh semua anggota panel.Tetapi baru baru ini DSAI telah mengumumkan perletakan jawatan sebagai Pengerusi Future Foundation kerana ingin menumpukan kepada politik tanah air.
 
Last edited:
bukan sebab korea utara di lebel sebagai proksi kejahatan oleh Amerika itu la jawapan yg paling munasabah.
Amerika nie suka negara yg dia leh cucuk hidung ikut ckp dia yes boss. dia baik ngan sesuatu individu 2 mesti ada sebab. cuba kita imbas kembali sejarah saddam hussein. dia nie Amerika cukup baik ngan dia Amerika jugak yang didik dia naikkan dia.....sebab takut dekat Iran masa 2 berlaku revolusi Iran. Aku bkn apa aku takut kalau2 nasib kita jadi mcm Iraq sebab ada segelintir pemimpin yang kita puja dah jadi pak turut puak Amerika nie.......last sekali aku berserah jiwa dan raga aku dekat Allah s.w.t setiap yang berlaku kat dunia nie mesti ada hikmah......
 
bukan sebab korea utara di lebel sebagai proksi kejahatan oleh Amerika itu la jawapan yg paling munasabah.
Amerika nie suka negara yg dia leh cucuk hidung ikut ckp dia yes boss. dia baik ngan sesuatu individu 2 mesti ada sebab. cuba kita imbas kembali sejarah saddam hussein. dia nie Amerika cukup baik ngan dia Amerika jugak yang didik dia naikkan dia.....sebab takut dekat Iran masa 2 berlaku revolusi Iran. Aku bkn apa aku takut kalau2 nasib kita jadi mcm Iraq sebab ada segelintir pemimpin yang kita puja dah jadi pak turut puak Amerika nie.......last sekali aku berserah jiwa dan raga aku dekat Allah s.w.t setiap yang berlaku kat dunia nie mesti ada hikmah......

Keanggotaan di Future Foundation tidak ada kena mengena dengan soal sama ada sesebuah negara itu paksi kejahatan atau tidak.Ini soal matlamat penubuhan Foundation itu yang hanya menumpukan negara Middle East dan afrika Utara saja.Negara Syria yang di label paksi kejahatan pun turut menyertai Foundation ini.

Tentang pemimpin yang tunduk pada amerika ini telah belaku pada masa DR MAhathir lagi.Pada tahun 2003 sebelum DR M bersara beliau telah mengatur pertemuan dengan presiden BUSH untuk menunjuk kononnya beliau hebat dapat berjumpa dengan presiden BUSH di white House.Pada mulanya Presiden Bush menolak pertemuan itu kerana beberapa tugas penting.Oleh itu DR Mahathir telah menggunakan khidmat pelobi yahudi bernama Jack Abramoff untuk mengatur pertemuan itu dengan bayaran fee sebanyak RM40 juta.Begitulah dayusnya pemimpin kita ini sanggup melutut pada presiden bush dengan bayaran 40 juta gunakan duit rakyat.Perkara ini telkah di dedahkan secara details sebelum ini oleh pemimpin PAS dan PKR.Malah dewan senat dan kongress di USA juga membangkitkan soal ini.

Ketika perang teluk tahun 1991 dulu, Malaysia telah mengundi menyokong serangan USA terhadap iraq sedangkan China dan beberapa negara lain mengundi untuk bersikap berkecuali.Sokongan ini telah di beri selepas setiausaha negara USA ketika itu James Baker bertemu dengan menteri luar malaysia, Dato Abu Hassan Omar.Inilah masalahnya pemimpin kita takut dan tunduk pada USA dan tidak berani buat keputusan sendiri.Dan sekarang ini pulak Pak Lah dan KJ berbaik baik dengan singapore yang mana penasihat singapore yang kita tahu adalah orang israel.Inilah masalah nya pemimpin kita yang tunduk kepada orang asing.

Tidak seperti dato anwar, beliau di sanjung oleh barat dan timur tengah serta afrika kerana ketokohan beliau dan bukannya boneka.Beliau tidak pernah menjual negara ini seperti yang orang umno jaja pada orang kampung.Kita kena bezakan antara boneka dan persahabatan.Boneka ini seperti Hamid Karzai, Prsiden Musharaff dan Presiden Iraq.Itu di katakan boneka iaitu membuat keputusan yang di arahkan oleh barat.Tentang DSAI pulak beliau semasa dalam kerajaan, beliau menjalin persahabatan dengan pemimpin dari afrika , timur tengah, asia dan barat.Sebab itulah walaupun selepas tidak mempunyai jawatan dalam kerajaan, beliau mempunyai hubungan baik dengan beberapa pemimpin negara di indonesia, india, China, Qatar, Bahrain , Arab Saudi, UAE, Afrika Selatan, Sudan, United Kingdom, USA.Malah ketika bekas setiausaha agung PBB iaitu kofi annan datang ke malaysia dulu, beliau singgah berjumpa DSAI di kuala lumpur.Ini adalah kerana ketokohan dan idea beliau di terima oleh negara negara luar.Ini di akui sendiri oleh Dato Musa Hitam bahawa DSAI mempunyai jaringan hubungan antarabangsa yang sungguh hebat yang tidak pernah diperolehi oleh pemimpin sebelum ini.Inilah yang menimbulkan iri hati Dr Mahathir kerana beliau tidak mahu anwar lebih hebat dari beliau.So jalan mudah beliau labelkan anwar sebagai agen asing.Malah beberapa syarikat gergasi di dunia arab telah memberi komitment untuk melabur puluhan bilion USD di malaysia sekiranya DSAI jadi perdana menteri.Bermakna mereka melihat ketokohan DSAI.So tidak ada bukti konkrit pun kalau nak tuduh DSAI boneka negara barat.Sebab itu lah DSAI boleh beri komitmen untuk turunkan harga minyak sekiranya beliau jadi PM kerana beliau yakin beliau boleh generate extra income untuk negara bagi menambah subsidi minyak.Beliau yakin limpahan pelaburan asing akan mencurah masuk terutama dari negara negara arab atas dasar keyakinan mereka pada ketokohan anwar.Tapi kenapa beliau tidak di label sebagai boneka negara arab sedangkan beliau banyak memegang jawatan penting di negara arab sebagai contohnya penasihat ekonomi kepada bahrain dan qatar seta beliau mempunyai hubungan akrab dengan pemimpin turki yang pro islam?Kenapa hanya di sebut agen usa dan yahudi?Motifnya adalah kalau sebut agen yahudi, ia mudah untuk menimbulkan kemarahan orang orang melayu yanbg sensitif pada yahudi.
 
Last edited:
xpa tuan kita tunggu dan lihat
tuan ada pendapat tuan dan saya ada pendapat saya........
saya xmenuduh individu sy menyatakan tentang segelintir pemimpin
tuan jangan salah paham
hanya Allah sahaja yang tau niat baik dan buruk kita
dalam hati nie xdia sapa pun yg tahu apa yg tersirat dan apa yg tersurat
 
Last edited:
xlarat dah nk baca..
biasalaaa,tuan tanah msih truskan dasarnye copy-paste
 
bukan prvokasi.husam musa lebih diterima ramai,malah mempunyai kelebihan usia,bakat politik dan pemikiran kritikal,beliau pun boleh berhujah agama smcm DSAI tanpa dilihat ekstremis tetapi moderate yg lebih boleh diterima semua kaum di malaysia.

Aku masih lagi anggap sebagai provokasi... hehehe biasalah... kalu dah ada dua golongan.... nak melaga2kan macam tu laaa caranya.. kena kata yg nie lebih baik... yg sana kurang baik...

cara lama tu.....
 
Harap2 perbincangan ttg Nuar n PAS nie tak menimbulkan suasana kurang senang dalam kalangan kita.. kalu tak ada persependapatan... rasanya stop cara baik (yg macam suteranilam dan lan_kau buat tu lagi baik)...

manusia.... dulu paling kejam...bila dapat hidayah jadi manusia paling disanjung...dah ada kan dalam sejarah..??

tp: masing2 ada pendapat dan pandangan serta pendirian.. hehehe
 
den pun tak faham ngan katakhijau nie...

sepatutnya dia ni dah sedar sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh katakhijau ni akan dibolayan jer oleh para pembaca CG kat sini...

tapi masih lagi insist untuk posting something yang macam nie...hebat betul la dia nie, sangat istiqamah kepada UMNO dan Barisan Nasional..jarang nak ada orang macam ni yang sangat setia..

kang bagus kalau Parti Islam dapat orang macam ni yang akan perjuangkan agama Allah dan Rasul-Nya..ruginya dia menyokong parti yang menentang Allah...

den doakan semoga beliau terbuka untuk menyokong dan mendokong agama Allah dan Rasul-Nya...

amin..:) :) :)
 
Back
Top
Log in Register