BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anak Perempuan Daim Tiba Di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur Untuk Hadapi Pertuduhan

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80
24ca829932841bf8e39457c5d2682bea69d45b598a9f3


Anak perempuan bekas Menteri Kewangan Allahyarham Tun Daim Zainuddin tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur bagi menghadapi pertuduhan gagal mematuhi notis Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mengisytiharkan harta.

Asnida Abdul Daim, yang memakai kemeja biru gelap tiba di pekarangan kompleks mahkamah pada 8.40 pagi dengan diiringi ahli keluarganya.

Berdasarkan semakan sistem mahkamah, pertuduhan terhadapnya akan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Rosli Ahmad pada 9 pagi.

Semalam, Bernama melaporkan peguam Yu Ying Ying yang mewakili Asnida berkata SPRM memaklumkan anak guamnya akan didakwa mengikut Seksyen 36(2) Akta SPRM 2009.

Yu memberitahu media bahawa SPRM mengambil keterangan Asnida di Ibu Pejabat SPRM kira-kira lima jam bermula 10 pagi semalam.

 
Back
Top
Log in Register