BTC USD 64,283.2 Gold USD 4,481.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anak asnaf khatan percuma

soybean

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
63,243
Paid Membership
Joined
Feb 15, 2009
Messages
63,243
Reaction score
4,135
Points
661

Oleh Mohd Rafi Mamat- Februari 28, 2022 @ 8:02am

[email protected]
sunaton_1646006567.jpg
Program Khatan Perdana ‘Sunaton’ 2022 anjuran Persatuan Kebajikan Al-Itqan Kuantan disertai kanak-kanak berumur antara tujuh hingga 12 tahun daripada keluarga asnaf dan B40 di daerah ini. - Foto NSTP/Mohd Rafi Mamat





KUANTAN: Seramai 60 kanak-kanak di Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI), Chendering, menyertai Program Khatan Perdana 'Sunaton' 2022 yang diadakan di sini, semalam.

Program kali pertama anjuran Persatuan Kebajikan Al-Itqan Kuantan itu disertai kanak-kanak berumur antara tujuh hingga 12 tahun daripada keluarga asnaf dan B40 di daerah ini.

Pengerusi Persatuan Kebajikan Al-Itqan, Kuantan Muhammad Alif Zainuddin, berkata program sunaton julung kali diadakan itu bertujuan untuk meringankan beban ibu bapa, khususnya golongan B40 yang kurang berkemampuan.

Menurutnya, ibu bapa dikenakan sedikit bayaran sahaja manakala kanak-kanak keluarga asnaf, dikecualikan daripada sebarang bayaran.

Katanya, untuk menceriakan setiap kanak-kanak yang berkhatan mereka disediakan hadiah kain pelikat, set alat tulis dan duit raya sumbangan pelbagai pihak.

"Bayaran berkhatan bagi kanak-kanak keluarga asnaf ditanggung sepenuhnya oleh Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) dan bantuan lain diterima daripada Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panching.

"Kita bercadang menjadikan program ini sebagai acara tahunan setiap kali tiba musim cuti persekolahan," katanya di sini, hari ini.

Program itu dirasmikan, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi) MUIP, Dr Asmadi Abdul Rahman.

Muhammad Alif berkata, program berjalan lancar apabila dibahagikan kepada dua sesi dengan lima mudin berpengalaman bertugas secara serentak.
 

Attachments

Back
Top
Log in Register