BTC USD 76,316.9 Gold USD 4,300.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SEDA Malaysia Santuni Anak Yatim, Asnaf Melalui Program 'Shopping Raya'

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,768
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,768
Reaction score
289
Points
146
7b269090d735936081aba6697d43a3b669b0e550e4228

63772431a1441975264ec18a827b6e6b69b0e620cae7d

477b9756eabbbe45727c8db0dd0134d469b0e63dc6ddc

Kredit: FB - SEDA Malaysia

Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia dengan kerjasama Kumpulan Jakel meraikan 25 anak yatim dan asnaf daripada Pertubuhan Kebajikan dan Perlindungan Nur Qaseh Malaysia menerusi program 'Shopping Raya' sempena persiapan Aidilfitri.

SEDA dalam kenyataan hari ini memaklumkan, program Tautan Kasih 2026 yang berlangsung di Jakel Mall semalam itu adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) agensi berkenaan.

Menerusi aktiviti tahunan itu, kanak-kanak terlibat diberi peluang memilih sepersalinan kelengkapan raya sebagai persiapan menyambut Aidilfitri.

Ketua Pegawai Eksekutif SEDA Malaysia Datuk Hamzah Hussin berkata program itu dianjurkan bagi berkongsi kegembiraan serta menyemarakkan semangat kebersamaan dalam menyambut Aidilfitri.

"Program itu ialah inisiatif SEDA Malaysia bagi menyantuni anak-anak Pertubuhan Kebajikan dan Perlindungan Nur Qaseh Malaysia agar mereka turut merasai kemeriahan Ramadan, di samping menghidupkan amalan bersedekah dalam bulan keberkatan ini.

"Kami berbesar hati dapat turun padang bagi menyantuni golongan yang memerlukan dengan memberikan manfaat secara terus kepada penerima 'Shopping Raya' hari ini," katanya dalam kenyataan sama.

Selain kelengkapan pakaian, SEDA Malaysia turut menyediakan sumbangan berbentuk 'goodies' serta duit raya bagi meringankan beban penerima dalam membuat persiapan menyambut Aidilfitri yang bakal menjelang, sekali gus membawa keceriaan kepada mereka.

Sumbangan itu disampaikan oleh Pengarah Urusan Kumpulan Jakel Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel.

Turut hadir Ketua Pegawai Operasi SEDA Malaysia Koh Keng Sen, Pengarah Urusan Kumpulan Jakel Datuk Mohamed Nizam Mohamed Jakel serta ketua-ketua Bahagian SEDA Malaysia.

 
Back
Top
Log in Register