BTC USD 76,474.1 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

UDA Rai Anak Yatim Dan Asnaf Beli Pakaian Raya, Sumbang Zakat Wakalah RM30,000

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
83be5fb28380c182e2e5f8bc77450b4269a947f1aea67

591cf52d6e34a29639ac1dbcfde9990469a94805413a9

2f374f1b03ee033ae2d4ff25876343c969a9481517731

Naib Presiden Kanan Bahagian Pelaburan dan Pengurusan Harta UDA Holdings Berhad, Mohd Nazri Jamiran (tengah), dan Ketua Pegawai Operasi Angsana Johor Bahru Mall, Imran Salleh (kiri), menyantuni anak yatim dan asnaf daripada Rumah Perlindungan Fitrah Qaseh Johor. Mereka diraikan melalui program membeli-belah pakaian dan kelengkapan Aidilfitri bernilai RM350 setiap seorang sempena Program CSR Sinar Ramadan UDA 2026 di Angsana Johor Bahru Mall, di sini.

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


UDA Holdings Bhd (UDA) peneraju pembangunan hartanah dan pengurusan aset serta agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) meraikan hampir 100 anak yatim serta asnaf menerusi Program CSR Sinar Ramadan UDA 2026 di Angsana Johor Bahru Mall di sini hari ini.

Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan UDA Radziah Mohamed Fadzil berkata kesemua mereka ialah penghuni Rumah Perlindungan Fitrah Qaseh Johor, dibawa membeli-belah pakaian serta kelengkapan Aidilfitri bernilai RM350 seorang bagi memeriahkan sambutan Syawal yang bakal tiba.

Beliau berkata program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dilaksanakan menerusi anak syarikat UDA, iaitu UDA Angsana Sdn Bhd bersama UDA Land (South) Sdn Bhd merupakan aktiviti tahunan sejak 2021.

“Hampir RM30,000 zakat wakalah disalurkan bagi pembelian pakaian dan kelengkapan baharu kepada 85 penghuni Rumah Perlindungan Fitrah Qaseh yang berusia antara 12 bulan hingga 28 tahun.

“Sumbangan ini diharap dapat memberikan keceriaan kepada anak-anak agar turut sama menikmati kemeriahan Syawal selain menjadi inspirasi kepada UDA untuk terus berkongsi rezeki dengan golongan memerlukan,” katanya.

Program CSR Sinar Ramadan UDA 2026 turut dihadiri Ketua Pegawai Operasi Angsana Johor Bahru Mall Imran Salleh, Pemangku Ketua Pegawai Operasi UDA Land (South) Sdn Bhd Norazim Shukor serta barisan pengurusan dan petugas UDA yang turut menyantuni anak-anak tersebut.

Radziah berkata selain membeli-belah, penerima juga diraikan dengan jamuan berbuka puasa serta menerima kuih raya sebagai tanda ingatan.

Beliau berkata program itu dilaksanakan selari dengan aspirasi ‘Memenuhi Impian’ UDA tahun ini selain memperkukuh agenda CSR menerusi platform UDA Prihatin.

“Sumbangan zakat wakalah dilaksanakan menerusi satu daripada tonggak utama UDA Prihatin iaitu Memperkasa Kehidupan yang memberi tumpuan kepada sokongan komuniti memerlukan di sekitar wilayah pembangunan perniagaan UDA.

 
Back
Top
Log in Register