Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,777
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,777
- Reaction score
- 289
- Points
- 146
Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin (kiri) menyantuni kanak- kanak yang membuat pemilihan kasut mereka pada Program Sepatu Raya Untuk Anak Yatim di Ampang Point hari ini.
Persatuan Suri dan Anggota Wanita Bernama (Benita) meneruskan tradisi Program Sepatu Raya dengan menyantuni 28 anak yatim dan asnaf dari Pusat Jagaan Rumah Bakti Nur Ain Bangi, Selangor sempena Aidilfitri.
Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin berkata program tahunan Benita itu dianjurkan sebagai usaha agensi berita berkenaan meraikan serta membawa semangat dan suasana hari raya lebih dekat kepada anak yatim dan asnaf.
Beliau berkata Benita memberikan sumbangan kepada rumah anak yatim yang berbeza bagi memastikan anak yatim di kebanyakan kawasan mendapat peluang untuk menerima sepatu raya yang baharu.
“Kami ingin memberi peluang kepada anak-anak ini merasai suasana membuat persiapan raya, di samping membawa keceriaan kepada mereka sempena Aidilfitri.
“Saya berharap momen ini akan menjadi kenangan indah yang sentiasa diingati oleh anak-anak dari Rumah Bakti Nur Ain,” katanya ketika ditemui pada Program Sepatu Raya di Kedai Kasut Bata, Pusat Beli-Belah Ampang Point di sini hari ini.
Beliau berkata penganjuran program itu turut mendapat kerjasama rakan strategik Bernama, iaitu Mamee-Double Decker (M) Sdn Bhd dan Bata Malaysia selain sumbangan daripada warga kerja serta pesara Bernama.
Nur-ul Afida berkata program itu adalah sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) Bernama yang telah memberi manfaat kepada lebih 600 anak yatim dan asnaf sejak diperkenalkan.
Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Nur Ain Bangi, Selangor Shaizul Karnon Nasir menzahirkan penghargaan kepada Benita Bernama kerana memilih rumah bakti berkenaan sebagai penerima sumbangan sepatu raya pada tahun ini.
Beliau berharap lebih banyak pihak akan tampil menghulurkan bantuan kepada anak-anak di rumah kebajikan itu pada masa hadapan, khususnya sepanjang Ramadan dan menjelang Syawal.
Program Sepatu Raya Benita Bernama Rai 28 Anak Yatim, Asnaf
Benita Bernama, Sepatu Raya, Nur-ul Afida Kamaludi