BTC USD 76,522.5 Gold USD 4,366.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Benita Teruskan Tradisi, Santuni Anak Yatim Dalam Program Sepatu Raya

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,777
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,777
Reaction score
289
Points
146
cb0f600bf7f07f3faacb2053bf760b9967de4b0419704

5ed24b03e6c7819bbde7a725b7a5cd8f67de4b2c172ef

f5a5a59ddcbe03759443d4b48340c5d767de4b39b3ad2

Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin (tiga, kanan) pada program Program Sepatu Raya anjuran Persatuan Suri dan Anggota Wanita Bernama (Benita) sempena Aidilfitri di kedai kasut Bata, Pusat Beli-Belah Ampang Point, di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Bernama Nasriah Darus (kanan) dan Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Ekonomi Bernama Azlina Aziz (tiga, kiri).


Seramai 25 kanak-kanak dan remaja dari Pusat Jagaan Al-Fakeh, Sabak Bernam hari ini disantuni dalam Program Sepatu Raya yang merupakan program tradisi anjuran Persatuan Suri dan Anggota Wanita Bernama (Benita) sempena Aidilfitri.

Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin berkata program itu telah dianjurkan selama 14 tahun sebagai usaha agensi berita itu meraikan serta membawa semangat dan suasana hari raya lebih dekat kepada anak yatim dan asnaf.

“Saya juga berharap keberkatan bulan Ramadan ini membantu kita (Bernama) dan Benita untuk meraih banyak pahala,” katanya ketika ditemui pada program itu di kedai kasut Bata, Pusat Beli-Belah Ampang Point, di sini, hari ini.

Turut hadir menyantuni dan membantu 25 penghuni pusat jagaan itu membuat pilihan kasut baharu sempena Aidilfitri ialah Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Bernama Nasriah Darus dan Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Ekonomi Bernama Azlina Aziz.

Nur-ul Afida berkata program itu yang merupakan inisiatif tanggungjawab sosial korporat Bernama berjaya memberi manfaat kepada lebih 600 anak yatim serta asnaf berusia dua hingga 17 tahun, sejak ia dianjurkan.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada para penyumbang  program Sepatu Raya  ini, termasuk petugas Bernama dan anggota Benita. Terima kasih banyak-banyak kerana bawa keceriaan dan kegembiraan kepada anak yatim dan asnaf ini,” katanya.

Sementara itu Ketua Pemasaran Bata Malaysia Iman Zulkifli berkata pihaknya berbangga kerana dapat membawakan ‘Private Shopping Experience’ kepada anak-anak di Pusat Jagaan Al-Fakeh itu untuk memilih kasut raya tahun ini.

“Kita (Bata) ada banyak variasi dan rekaan untuk kanak-kanak ini, jadi ini merupakan satu peluang yang terbaik untuk mereka rasa kemeriahan raya dengan kasut ini,” katanya.

Penghuni pusat jagaan itu Muhammad Alif Haikal Abdullah, 14, menzahirkan rasa gembira diraikan sedemikian rupa dan diberi peluang memilih sendiri kasut untuk dipakai ketika hari pertama Aidilfitri nanti.

 
Back
Top
Log in Register