BTC USD 76,311.8 Gold USD 4,324.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MAIWP Peruntukkan RM75,000 Beli Pakaian, Keperluan Raya 250 Asnaf

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,183
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,183
Reaction score
346
Points
141
c6bae1e03f9ec75f00dd980f41bf5cae69b7c6ec5ed96

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan (tengah) menyampaikan sumbangan kepada wakil penerima sumbangan, Juliana Ahmad (empat, kiri) pada Program Rahmah MADANI Ramadan MAIWP Shopping Pakaian dan Keperluan Raya Asnaf hari ini.

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memperuntukkan RM75,000 bagi membantu 250 asnaf dari seluruh Wilayah Persekutuan membuat persiapan sempena Aidilfitri.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan berkata bantuan menerusi program Rahmah MADANI Ramadan MAIWP: Shopping Pakaian dan Keperluan Raya Asnaf Tahun 2026M/1447H itu, diberikan kepada masing-masing 100 penerima dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan serta 50 penerima dari Putrajaya.

“Alhamdulillah, inisiatif sebegini amat diperlukan dalam usaha memperkukuh agenda pembangunan ummah terutamanya kepada golongan asnaf dan penerima bantuan MAIWP di Wilayah Persekutuan,” katanya dalam ucapan sempena program tersebut di sini hari ini.

Turut hadir pada program itu ialah Pengerusi MAIWP Datuk Syed Kamarulzaman Syed Kabeer, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP Datuk Mohd Nizam Yahya, Pengarah dan Ketua Pentadbiran Perniagaan AEON Big Malaysia Takanori Komatsu serta 100 penerima daripada 18 keluarga dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Zulkifli juga merakamkan penghargaan kepada semua pembayar zakat yang telah menyumbangkan zakat menerusi Pusat Pungutan Zakat (PPZ) MAIWP.

Beliau berkata melalui program itu, setiap penerima mendapat sumbangan RM300 untuk membeli keperluan hari raya seperti pakaian, kasut, dan barangan dapur lain.

Ibu tunggal kepada tujuh anak, Norhayati Malek, 42, meluahkan rasa syukur dan gembira atas bantuan yang diberikan.

“Pada awalnya, saya dan keluarga tidak berhasrat untuk membeli apa-apa pada hari raya ini kerana ingin berjimat memandangkan saya baru kehilangan suami pada pertengahan Februari lepas.

“Jadi, bila MAIWP pilih kami sebagai penerima memang sangat gembira terutamanya anak-anak sebab berpeluang untuk keluar berjalan-jalan membeli baju raya. Saya sangat berterima kasih kepada MAIWP,” katanya ketika ditemui Bernama.

 
Back
Top
Log in Register