BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

200 Murid Asnaf, B40 Terima Manfaat Program Shopping Riang Raya URWAH-Etiqa

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,707
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,707
Reaction score
97
Points
80
666f8bcc840b4e0969f7843f7db2cfb669b761e3c00b5

b1c854a02d00ea50ebc131133bc1718d69b761d08c0f5

Ketua Pegawai Eksekutif Etiqa Family Takaful Berhad Zafri Ab Halim (belakang, tengah) bersama Pengerusi Persatuan Amal Kebajikan Sahabat Urwah (URWAH) Mohamad Dhirar Azwar (belakang dua, kanan) bergambar dengan pelajar asrama pada Program Iftar Bersama Pelajar Asrama Sekolah Kebangsaan Simpang Empat, Kangar.

Kerjasama antara Persatuan Amal Kebajikan Sahabat Urwah (URWAH) dan Etiqa Family Takaful Berhad (EFTB) terus diperkukuh menerusi penganjuran program Shopping Riang Raya yang memberi manfaat kepada 200 murid daripada golongan asnaf serta B40 di Perlis.

Program itu melibatkan murid Sekolah Kebangsaan Guar Nangka dan Sekolah Kebangsaan Simpang Empat, yang masing-masing menerima RM200 untuk membeli pakaian sekolah serta persiapan Aidilfitri.

Pengerusi URWAH Mohamad Dhirar Azwar berkata program itu adalah sebahagian daripada inisiatif kebajikan persatuan berkenaan yang menyasarkan bantuan kepada 1,250 penerima dalam kalangan asnaf dan B40.

“Bagi program Shopping Riang Raya ini, seramai 200 murid menerima manfaat iaitu 100 dari Sekolah Kebangsaan Guar Nangka dan 100 lagi dari Sekolah Kebangsaan Simpang Empat, dengan setiap seorang diberikan peruntukan RM200.

“Secara keseluruhan, jumlah sumbangan yang disalurkan menerusi kerjasama dengan Etiqa Takaful ialah sebanyak RM220,500,” katanya kepada Bernama selepas program itu di sini baru-baru ini.

Beliau berkata program itu pertama kali dilaksanakan di Perlis menerusi kerjasama dengan Etiqa Family Takaful Berhad, dan pihaknya berharap inisiatif berkenaan dapat diteruskan sebagai acara tahunan serta diperluas ke lebih banyak sekolah pada masa akan datang.

“Program ini bukan sahaja membantu murid mendapatkan pakaian baharu untuk sambutan Hari Raya tetapi juga keperluan persekolahan seperti pakaian seragam,” katanya.

Seorang waris penerima, iaitu Azulia Abdul Ghani dari Kampung Simpang Empat melahirkan rasa syukur kerana anak lelakinya yang berumur sembilan tahun menerima bantuan itu.

Murid Sekolah Kebangsaan Guar Nangka Siti Ainin Sofiya Zul Helmi juga berkata dia sangat gembira dapat membeli baju raya dan seragam sekolah melalui program itu.

 
Back
Top
Log in Register