BTC USD 76,586.2 Gold USD 4,362.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anak Muda MADANI Kedah Rancang Perluas Perkhidmatan Ambulans Percuma

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,780
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,780
Reaction score
289
Points
146
23cac286f024e2107968d028de05c31369c350942a22b

Pengerusi Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Anak Muda MADANI Kedah, Datuk Zuraidi Rahim (tengah) pada sidang media

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Anak Muda MADANI Kedah bercadang memperluas perkhidmatan ambulans percuma ke beberapa daerah lain di negeri ini bagi memenuhi permintaan masyarakat.

Pengerusinya Datuk Zuraidi Rahim berkata langkah itu susulan kejayaan perkhidmatan yang kini ditawarkan di Padang Terap dan Pendang dalam membantu ramai penduduk mendapatkan pengangkutan kecemasan.

Beliau berkata kemudahan itu diwujudkan bagi membantu masyarakat, khususnya di kawasan luar bandar, mendapatkan perkhidmatan pengangkutan pesakit ke hospital tanpa perlu menanggung kos yang tinggi.

“Ambulans daripada hospital atau klinik kerajaan kadangkala tidak mencukupi dalam situasi kecemasan, manakala ambulans swasta pula mengenakan bayaran perkhidmatan yang tinggi mengikut jarak.

“Bagi penduduk berpendapatan rendah, khususnya di luar bandar, keadaan ini boleh membebankan mereka sekiranya memerlukan perkhidmatan ambulans untuk ke hospital,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Zuraidi berkata usaha memperluas perkhidmatan ambulans percuma itu secara berperingkat mencerminkan komitmen pertubuhan berkenaan dalam memberi perhatian terhadap aspek kesihatan serta pengurusan kematian demi manfaat masyarakat setempat.

Langkah itu juga selari dengan peranan NGO dalam melaksanakan inisiatif kebajikan bagi membantu rakyat di samping pelbagai bantuan yang disediakan kerajaan.

“Jika ada rezeki, kita akan menambah lagi ambulans supaya lebih ramai penduduk yang memerlukan dapat menggunakan perkhidmatan ini secara percuma,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register