BTC USD 79,899.5 Gold USD 4,368.94
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Al-Qur'an & Hadits: Bab: Doa

"Bila engkau ingin berdoa, sementara waktu begitu sempit, padahal di dalam dadamu dipenuhi oleh banyak keperluan, maka jadikan seluruh isi doamu berupa permohonan maaf kepada Allah. Karena bila Dia memaafkanmu, maka semua keperluanmu akan dipenuhi olehNya tanpa engkau memintanya."

رحمه الله Ibnul Qayyim

poster
tinyurl.com/tatkalabz
 
1000700145.jpg


Jangan biarkan perbuatan, kata-kata atau tingkah laku kita menjadi sebab orang lain memohon kepada Allah kerana kezaliman kita.

Ingat, doa orang yang teraniaya itu mustajab dan terus menembusi langit tanpa hijab.

Marilah sama-sama kita hidupkan kasih sayang dan jauhi kezaliman.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
#RancakkanMADANI
#MADANIBekerja
#bersamamalaysiaku
 
adab berdoa
adab berdoa.jpg

facebook.com/photo/?fbid=829109916730134&set=a.805640182410441
 
1765035339605.png


Hadits Muslim no. 4918
Status: Sohih - Ijma` `ulama’

Matan
Daripada Abu Hurayrah (radhiyallahu `anhu),
Nabi sallallahu `alayhi wa sallam bersabda,

"Doa seseorang senantiasa akan dikabulkan.

Selama dia tidak berdoa untuk perbuatan dosa.
Atau untuk memutuskan silaturahim (hubungan nasab/keturunan).
Selama dia tidak tergesa-gesa."

Seorang sahabat bertanya,
“Ya Rasul Allah.
Apakah yang dimaksudkan dengan tergesa-gesa?”

Baginda (sallallahu `alayhi wa sallam) menjawab,

“Dia (pendoa yang tergesa-gesa) berkata,
“Aku telah berdoa dan terus berdoa.
Namun aku tidak melihat Dia mengabulkan untukku.”

Lalu dia berputus asa ketika itu.
Dan dia meninggalkan doa.”

Nota penting
Sebarkan dan beramal dengan ilmu yang sahih sahaja.
Kerana dusta atas nama Rasul Allah, tempatnya di neraka!
Dan sesiapa yang berkata tetapi tidak melakukannya
tanpa sebab yang dibenarkan,
dicela oleh Allah di dalam al-Qur’an!

Teks Arab

حَدَّثَنِي أَبُو الطَّاهِرِ أَخْبَرَنَا ابْنُ وَهْبٍ أَخْبَرَنِي مُعَاوِيَةُ وَهُوَ ابْنُ صَالِحٍ عَنْ رَبِيعَةَ بْنِ يَزِيدَ عَنْ أَبِي إِدْرِيسَ الْخَوْلَانِيِّ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ لَا يَزَالُ يُسْتَجَابُ لِلْعَبْدِ مَا لَمْ يَدْعُ بِإِثْمٍ أَوْ قَطِيعَةِ رَحِمٍ مَا لَمْ يَسْتَعْجِلْ قِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا الِاسْتِعْجَالُ قَالَ يَقُولُ قَدْ دَعَوْتُ وَقَدْ دَعَوْتُ فَلَمْ أَرَ يَسْتَجِيبُ لِي فَيَسْتَحْسِرُ عِنْدَ ذَلِكَ وَيَدَعُ الدُّعَاءَ
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register