BTC USD 63,083.7 Gold USD 4,317.96
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Al-Qur'an & Hadits: Bab: Doa

1765943492214.png


Hadits Abu Dawud no. 1135
Status: Sohih - Muhammad Nasiruddin al-Albani

Matan
Daripada Abu Sa`id (al-Khudri radhiyallahu `anhu),

“Rasul Allah sallallahu `alayhi wa sallam sedang ber`itikaf
(berdiam diri di masjid
dengan niat beribadah).

Lalu baginda (sallallahu `alayhi wa sallam) mendengar
mereka (para sahabat) menguatkan bacaan (al-Qur’an).

Maka baginda (sallallahu `alayhi wa sallam) menyingkap tirai.
Dan baginda (sallallahu `alayhi wa sallam) bersabda,

“Ketahuilah.
Sesungguhnya setiap kalian sedang bermunajat (berdoa secara sembunyi)
kepada Rabb-nya (Allah).

Maka janganlah sebahagian kalian
menyakiti sebahagian yang lain.

Dan janganlah sebahagian kalian meninggikan (suara)
atas sebahagian yang lain
dalam bacaan (al-Qur’an).”

Atau baginda (sallallahu `alayhi wa sallam) bersabda,
“Dalam solat
(bacaan yang mengganggu orang lain).”

Nota penting
Sebarkan dan beramal hanya dengan ilmu yang sahih.
Kerana sesiapa berdusta atas nama Rasul Allah, tempatnya di neraka!
Dan sesiapa yang menyampaikan sesuatu
tetapi tidak melakukannya tanpa sebab yang dibenarkan,
dicela oleh Allah di dalam al-Qur’an!

Teks Arab

حَدَّثَنَا الْحَسَنُ بْنُ عَلِيٍّ حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ أَخْبَرَنَا مَعْمَرٌ عَنْ إِسْمَعِيلَ بْنِ أُمَيَّةَ عَنْ أَبِي سَلَمَةَ عَنْ أَبِي سَعِيدٍ قَالَ
اعْتَكَفَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الْمَسْجِدِ فَسَمِعَهُمْ يَجْهَرُونَ بِالْقِرَاءَةِ فَكَشَفَ السِّتْرَ وَقَالَ أَلَا إِنَّ كُلَّكُمْ مُنَاجٍ رَبَّهُ فَلَا يُؤْذِيَنَّ بَعْضُكُمْ بَعْضًا وَلَا يَرْفَعْ بَعْضُكُمْ عَلَى بَعْضٍ فِي الْقِرَاءَةِ أَوْ قَالَ فِي الصَّلَاةِ
 
1776755663425.png


1776755673350.png


Hadits Bukhari no. 973
Status: Sohih - Ijma` `ulama’

Matan
Daripada Anas Ibn Malik (radhiyallahu `anhu),

“Nabi sallallahu `alayhi wa sallam tidak mengangkat kedua-dua tangannya
dalam mana-mana doanya,

kecuali dalam istisqa’ (mohon diturunkan hujan).

Dan sesungguhnya baginda (sallallahu `alayhi wa sallam) benar-benar mengangkat (tangan)
sehingga terlihat putih kedua-dua ketiaknya.”

Peringatan Umum!
Tidak ambil peduli agamanya,
sama ada sahih atau tidak
= ditakuti termasuk di kalangan yang berdusta atas nama Nabi s.a.w.
= umpama tempah tempatnya di neraka!

Adakah kita beriman dengan dalil sahih,
sehingga masuk ke qalbu?
Atau sekadar di mulut umpama munafik?
Allahul musta’an

Teks Arab
حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ حَدَّثَنَا يَحْيَى وَابْنُ أَبِي عَدِيٍّ عَنْ سَعِيدٍ عَنْ قَتَادَةَ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ
كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يَرْفَعُ يَدَيْهِ فِي شَيْءٍ مِنْ دُعَائِهِ إِلَّا فِي الِاسْتِسْقَاءِ وَإِنَّهُ يَرْفَعُ حَتَّى يُرَى بَيَاضُ إِبْطَيْهِ
 
1777483926941.png


Hadits Bukhari no. 5905
Status: Sohih - Ijma` `ulama’

Matan
Daripada Abu Musa radhiyallahu `anhu,

“Kami bersama Nabi sallallahu `alayhi wa sallam
dalam satu perjalanan.

Maka apabila kami naik ke tempat tinggi,
kami bertakbir.

Lalu Nabi sallallahu `alayhi wa sallam bersabda,
“Wahai manusia.
Perlahankanlah (suara) atas diri kalian.

Sesungguhnya, kalian tidak menyeru (berdoa)
pada yang pekak
dan bukan (pula) yang ghaib (tiada di sisi).

Akan tetapi kalian menyeru (berdoa)
pada Yang Maha Mendengar
lagi Maha Melihat.”

Kemudian baginda (sallallahu `alayhi wa sallam) datang kepadaku (Abu Musa)
ketika aku berkata dalam diriku,
لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ
“(Tiada daya dan tiada kekuatan
kecuali dengan pertolongan Allah).”

Lalu baginda (sallallahu `alayhi wa sallam) bersabda,
“Wahai `Abd Allah ibn Qays (Abu Musa).
Ucapkanlah,
لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ
(Tiada daya dan tiada kekuatan
kecuali dengan pertolongan Allah).

Sesungguhnya ia merupakan satu khazanah
daripada khazanah-khazanah syurga.”

Atau baginda (sallallahu `alayhi wa sallam) bersabda,
“Mahukah aku tunjukkan kepadamu satu kalimah,
yang ia merupakan khazanah
daripada khazanah-khazanah syurga,

(iaitu),
لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ
(Tiada daya dan tiada kekuatan
kecuali dengan pertolongan Allah).”

Teks Arab
حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ بْنُ حَرْبٍ حَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ زَيْدٍ عَنْ أَيُّوبَ عَنْ أَبِي عُثْمَانَ عَنْ أَبِي مُوسَى رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ
كُنَّا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي سَفَرٍ فَكُنَّا إِذَا عَلَوْنَا كَبَّرْنَا فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّهَا النَّاسُ ارْبَعُوا عَلَى أَنْفُسِكُمْ فَإِنَّكُمْ لَا تَدْعُونَ أَصَمَّ وَلَا غَائِبًا وَلَكِنْ تَدْعُونَ سَمِيعًا بَصِيرًا ثُمَّ أَتَى عَلَيَّ وَأَنَا أَقُولُ فِي نَفْسِي لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ فَقَالَ يَا عَبْدَ اللَّهِ بْنَ قَيْسٍ قُلْ لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ فَإِنَّهَا كَنْزٌ مِنْ كُنُوزِ الْجَنَّةِ أَوْ قَالَ أَلَا أَدُلُّكَ عَلَى كَلِمَةٍ هِيَ كَنْزٌ مِنْ كُنُوزِ الْجَنَّةِ لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ


Peringatan Umum!
Jangan ambil ringan dalil sahih.
Takut termasuk berdusta atas nama Nabi s.a.w.
Adakah ia sampai ke qalbu dan amal, atau hanya di mulut?
 
1780426176424.png


Hadits Bukhari no. 3434
Status: Sohih - Para `ulama’ hadits

Matan
Daripada Anas (ibn Malik) رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ,

“`Umar ibn al-Khaththab (رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ),
apabila mereka (kaum Muslim) ditimpa kemarau,

beliau memohon diturunkan hujan
dengan (perantaraan doa) al-Abbas ibn `Abd al-Muththalib (رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ)
(ketika itu masih hidup, Nabi sudah wafat).

Lalu beliau berdoa,

اللَّهُمَّ إِنَّا كُنَّا نَتَوَسَّلُ إِلَيْكَ بِنَبِيِّنَا صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَتَسْقِينَا
“(Ya Allah.
Sesungguhnya, dahulu kami bertawassul (perantaraan doa) kepada-Mu
dengan Nabi kami صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ,
maka Kau menurunkan hujan kepada kami).

وَإِنَّا نَتَوَسَّلُ إِلَيْكَ بِعَمِّ نَبِيِّنَا فَاسْقِنَا
(Dan sesungguhnya, sekarang kami bertawassul (perantaraan doa) kepada-Mu
dengan bapa saudara Nabi kami,
maka turunkanlah hujan kepada kami).”

Beliau (Anas ibn Malik) berkata,
“Kemudian, mereka diberikan hujan.”

Teks Arab
حَدَّثَنَا الْحَسَنُ بْنُ مُحَمَّدٍ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ الْأَنْصَارِيُّ حَدَّثَنِي أَبِي عَبْدُ اللَّهِ بْنُ الْمُثَنَّى عَنْ ثُمَامَةَ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَنَسٍ عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ
أَنَّ عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ كَانَ إِذَا قَحَطُوا اسْتَسْقَى بِالْعَبَّاسِ بْنِ عَبْدِ الْمُطَّلِبِ فَقَالَ اللَّهُمَّ إِنَّا كُنَّا نَتَوَسَّلُ إِلَيْكَ بِنَبِيِّنَا صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَتَسْقِينَا وَإِنَّا نَتَوَسَّلُ إِلَيْكَ بِعَمِّ نَبِيِّنَا فَاسْقِنَا قَالَ فَيُسْقَوْنَ


Peringatan Umum!
Jangan ambil ringan dalil sahih.
Takutlah berdusta
atas nama Nabi صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.

Adakah ia sampai ke qalbu lalu menjadi amal,
atau sekadar di mulut sahaja?
 
Back
Top
Log in Register