BTC USD 81,581.8 Gold USD 4,024.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

DUN Sarawak bubar 26 Okt

afwan83

Active+ Member
Messages
3,650
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,650
Reaction score
13
Points
25

DUN Sarawak bubar 26 Okt​

4c8b5019-5d3b-497d-8860-9e8c575f5048-Abang-Johari-Openg-youtube-ss-231026-2.jpg

DUN Sarawak akan dibubarkan pada 26 Okt sekaligus membuka laluan kepada pilihan raya, menurut pengumuman oleh Premier Abang Johari Openg petang tadi.

Pembubaran itu membuka laluan kepada pilihan raya umum peringkat DUN bagi memilih wakil-wakil rakyat, yang mesti diadakan dalam tempoh 60 hari.

Abang Johari mengumumkan pembubaran DUN Sarawak selepas mendapat perkenan Yang Dipertua Negeri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau menyeru semua parti politik dan penyokong masing-masing, serta calon-calon bertanding supaya sentiasa menjaga tingkah laku dan menghormati undang-undang sepanjang tempoh pilihan raya.

“Marilah kita bersama-sama memelihara keamanan, perpaduan dan keharmonian Sarawak yang amat kita hargai. Dengan itu, rakyat dapat membuat pilihan secara bebas dan penuh keyakinan demi masa depan Sarawak yang lebih baik,” katanya pada sidang media petang tadi.

Penggal DUN Sarawak akan berakhir secara automatik pada Disember. PRN lalu diadakan pada 18 Dis 2021.

Sebelum pembubarannya, komposisi DUN Sarawak terdiri daripada 79 wakil rakyat daripada Gabungan Parti Sarawak, seorang wakil rakyat bebas yang menyokong kerajaan negeir, dan dua wakil rakyat pembangkang daripada DAP.
 
Back
Top
Log in Register