BTC USD 85,908.5 Gold USD 4,322.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

DUN Melaka Bubar Berkuat Kuasa Esok

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,386
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,386
Reaction score
346
Points
141

DUN Melaka Bubar Berkuat Kuasa Esok​

85bec4772bd6f5deed6122f38b34c7776ab225b287f40


Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dibubarkan berkuat kuasa esok, bagi memberi laluan kepada proses Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16.

Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengumumkan perkara itu pada sidang media di Seri Negeri di sini hari ini.

Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas mendapat perkenan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam.

“Dengan pembubaran ini, maka berakhirlah penggal Dewan Undangan Negeri Melaka dan proses seterusnya akan dilaksanakan mengikut peruntukan undang-undang serta ketetapan pihak berkuasa yang berkaitan.

“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Melaka atas perkenan serta kebijaksanaannya dalam melaksanakan fungsi sebagaimana yang diperuntukkan,” katanya.

Beliau berkata Speaker DUN Melaka Datuk Ibrahim Durum telah menyerahkan notis pembubaran berkenaan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini.

PRN Melaka ke-15 diadakan pada 20 Nov 2021 selepas empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menyokong kerajaan, menarik sokongan terhadap kepimpinan bekas Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali pada 4 Okt 2021.

Empat ADUN berkenaan ialah bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas) dan Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu).

Pada PRN tersebut, Barisan Nasional (BN) menang 21 kerusi dengan UMNO menguasai 18 kerusi, MCA (dua) dan MIC (satu) sekali gus membentuk kerajaan negeri dengan majoriti lebih dua pertiga.

 
Back
Top
Log in Register