BTC USD 76,704.6 Gold USD 4,373.35
Time now: Jun 1, 12:00 AM

BN tentu kerjasama politik lepas DUN Melaka bubar

afwan83

Active+ Member
Messages
3,229
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,229
Reaction score
12
Points
25

BN tentu kerjasama politik lepas DUN Melaka bubar​

ddea8c60-johari-abdul-ghani-fmt-080724-2.jpg

Naib Presiden Umno Johari Ghani, berkata kerjasama BN menjelang PRN Melaka akan dimuktamadkan selepas DUN dibubarkan.

Naib Presiden Umno Johari Ghani, berkata perkembangan lanjut perlu diteliti sebelum sebarang keputusan dibuat.

“Bila bubar DUN di Melaka? kita tunggu,” katanya menurut Utusan Malaysia selepas hadir Majlis Perarakan dan Majlis Penutup Maulidur Rasul di Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Terdahulu, Presiden PAS Hadi Awang dilaporkan menyatakan rundingan kerjasama antara Perikatan Nasional (PN) dan BN untuk berdepan PRN Melaka sudah bermula, sejak 20 Ogos.

Selain itu, Pakatan Harapan (PH) menerusi Pengarah Pilihan Raya Amirudin Shari diberi tanggungjawab melakukan rundingan sama dengan BN.

Pada Jumaat, Pengerusi BN Zahid Hamidi, berkata gabungan itu memerlukan formula yang sesuai dengan landskap geopolitik Melaka pada PRN akan datang.

Beliau berkata, formula berkenaan tidak semestinya perlu mengikut model sama digunakan pada PRN Johor dan Negeri Sembilan.

Zahid berkata, beliau telah memberi mandat kepada Pengerusi BN Melaka Ab Rauf Yusoh mengadakan perbincangan dengan parti lain, di mana hasilnya akan dibawa ke peringkat nasional untuk diteliti secara lebih terperinci sebelum dimuktamadkan.

Pada PRN Melaka 2021, BN menguasai 21 kerusi, sambil PH menang lima, manakala PN dua.
 
Back
Top
Log in Register