BTC USD 86,230.3 Gold USD 4,321.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ab Rauf terbuka runding dengan mana-mana parti selepas DUN Melaka bubar

afwan83

Active+ Member
Messages
3,295
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,295
Reaction score
12
Points
25

Ab Rauf terbuka runding dengan mana-mana parti selepas DUN Melaka bubar​

76efac07-a35e-4cac-a223-2d7c1bc3b459-AB-Rauf-Yusoh-fmt-090926-1.jpg

Ketua Menteri Melaka Ab Rauf Yusoh, yang juga pengerusi BN negeri berkata, sebarang keputusan mengenai kerjasama politik hanya akan dibuat apabila tiba masa dan ketikanya.

Ab Rauf yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka berkata, sebarang keputusan mengenai kerjasama politik hanya akan dibuat apabila tiba masa dan ketikanya.

“Saya mengalu-alukan semua rundingan selepas DUN Melaka dibubarkan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Agung Umno 2026 di Pusat Dagangan Dunia.

Mengulas lanjut, beliau berkata, perkara itu selaras dengan mandat yang diberikan Presiden Umno yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Zahid Hamidi berhubung rundingan kerjasama bagi menghadapi PRN Melaka.

Beliau bagaimanapun menegaskan, sebarang kerjasama yang dipertimbangkan perlu dibuat berdasarkan kepentingan negeri dan rakyat Melaka.

Ahad lepas, Zahid dilaporkan memberi mandat kepada Ab Rauf untuk merundingkan kerjasama dengan mana-mana pihak bagi menghadapi PRN akan datang.

Menurut Zahid, rakan kerjasama yang dipilih perlu mempunyai sifat taat setia, ikhlas dan jujur selain mampu membantu BN mencapai kemenangan.

“Saya beri mandat berunding elok-elok, pilih partner (rakan) yang taat setia, yang boleh memberikan kemenangan pada kita (BN),” katanya.

Pada PRN Melaka 2021, BN memenangi 21 daripada 28 kerusi DUN, manakala Pakatan Harapan (PH) memperoleh lima kerusi dan Perikatan Nasional (PN) dua kerusi.

Penggal DUN Melaka akan berakhir pada 31 Dis ini.
 
Back
Top
Log in Register