BTC USD 86,314.2 Gold USD 4,328.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Boleh runding, tak semestinya berakhir dengan janji, kata Ab Rauf

afwan83

Active+ Member
Messages
3,296
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,296
Reaction score
12
Points
25

Boleh runding, tak semestinya berakhir dengan janji, kata Ab Rauf​

04cde593-ab-rauf-yusoh-fbpic-180526.jpg

Ketua Umno Melaka Ab Rauf Yusoh membuka pintu seluasnya untuk mana-mana pihak berunding menjelang PRN Melaka. (Gambar Facebook)

Ab Rauf yang juga ketua Umno negeri, berkata pintu seluas-luasnya dibuka untuk mana-mana pihak yang ingin berunding.

“Siapa juga boleh datang berunding, tapi runding tidak semestinya berakhir dengan perjanjian atau pun persetujuan… ia melihat kepada kelebihan masing-masing.

“Jadi kita tak terikat dalam mana-mana satu ikatan yang belum lagi dijadikan secara formal sebagai gabungan muktamad, tetapi saya terbuka kepada semua orang untuk datang berunding dengan saya,” katanya menurut Bernama.

Semalam, Pengerusi BN Zahid Hamidi dilapor berkata kejayaan kerjasama antara BN dan Perikatan Nasional (PN) membentuk kerajaan Negeri Sembilan dijangka menjadi pemangkin kepada gabungan itu meneruskan momentum kemenangan pada PRN Melaka akan datang.

Ab Rauf turut mengucapkan tahniah kepada Adun Juasseh Ismail Lasim atas pelantikan sebagai menteri besar baharu Negeri Sembilan.

Beliau berharap Ismail dapat melaksanakan tanggungjawab dan memberikan perkhidmatan yang terbaik sepertimana yang dijanjikan dalam manifesto.

Pada PRN itu, BN memenangi 18 DUN, PH dengan 11 kerusi, dan PN dengan tujuh kerusi. Kerajaan Negeri Sembilan dibentuk menerusi kerjasama BN dan PN.
 
Back
Top
Log in Register