puyol
CG Top Poster Club

- Messages
- 43,834
Top Poster #9
- Joined
- Jun 28, 2011
- Messages
- 43,834
- Reaction score
- 7,407
- Points
- 481
SEREMBAN: Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan, yang mempunyai 36 kerusi, secara rasmi dibubarkan esok untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16.
Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, mengumumkan perkara itu dalam sidang media khas di kediamannya sebentar tadi.
Beliau berkata, pembubaran itu dibuat selepas beliau mendapat perkenan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir pada majlis menghadap yang berlangsung di Istana Besar Seri Menanti hari ini.
Ia sekali gus mengakhiri desas-desus mengenai pembubaran DUN bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, kian hangat diperkatakan apabila pucuk pimpinan Pakatan Harapan (PH) negeri mengadakan satu mesyuarat khas di kediaman rasmi Menteri Besar, Selasa lalu.
Semalam, BH melaporkan Negeri Sembilan mungkin berdepan satu krisis perlembagaan menjelang 10 Jun ini jika sidang DUN tidak diadakan sebelum tarikh berkenaan.
Bekas Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Eric See-To, dipetik berkata bawah Perkara LVI(1) Undang-Undang Tubuh Negeri Sembilan, sidang DUN perlu diadakan dalam tempoh enam bulan selepas kali terakhir diadakan pada 11 Disember 2025.
Beliau dilaporkan mendakwa jika DUN gagal bersidang dalam tempoh enam bulan sebagaimana ditetapkan perlembagaan negeri, isu pembubaran automatik boleh timbul.