BTC USD 84,443.3 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Al-Qur'an & Hadith : Jalan ke Syurga

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Abdul Aziz bin Abdullah, daripada Sulaiman, daripada Musa bin 'Uqbah,
daripada Abu Salamah bin Abdurrahman, daripada Aisyah,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Beramallah sesuai dengan sunnah
dan berlaku imbanglah,

dan ketahuilah bahwa salah seorang tidak akan masuk syurga
kerana amalannya,

sesungguhnya amalan yang dicintai oleh Allah
adalah yang berterusan
walaupun sedikit."


(Hadith Bukhari no. 5983)

Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
 
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Abu Nu'man, daripada Jarir bin Hazim, daripada Al Hasan, daripada 'Amru bin Taghlib,

"Nabi s.a.w. diberi sebuah harta,
lantas Nabi s.a.w. berikan
kepada sebahagian sahabatnya

dan Nabi s.a.w. tidak berikan
kepada sahabat yang lain.

Kemudian sampailah berita kepada Nabi s.a.w.
bahawa orang-orang mencela sikap Nabi s.a.w.,

maka lantas Nabi s.a.w. pun bersabda,
"Sungguh, ada orang yang ku beri
dan ada yang tidak ku beri,

namun yang tidak aku beri
lebih aku sukai
daripada yang aku beri,

beberapa orang yang aku beri
kerana hati mereka masih ada keluh kesah dan ketakutan,

dan beberapa orang (yang tidak diberi harta) yang aku percayakan
pada kecukupan dan kebaikan
yang telah Allah letakkan dalam hati mereka,

di antara mereka ialah Amru bin Taghlib."

Lantas Amru bin Taghlib berkata,
'Aku tidak ingin lagi unta-unta merah (harta yang mewah pada ketika itu)
setelah mengetahui kalimat Rasulullah s.a.w. itu.'


(Hadith Bukhari no. 6981)

Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
 
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Muhammad bin Rumh, daripada Al Laits bin Sa'd, daripada Yahya bin Sa'id,
daripada Muhammad bin Ibrahim At Taimi, daripada 'Alqamah bin Waqash,
daripada Umar bin Khatthab (ketika berkhutbah),
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Sesungguhnya setiap amalan
sesuai dengan niat,

dan balasan bagi seseorang itu
sesuai dengan apa yang diniatkannya.

Maka barangsiapa hijrahnya (amalnya) untuk Allah dan Rasul-Nya
maka pahala hijrahnya kerana Allah dan Rasul-Nya,

dan barangsiapa hijrahnya (amalnya) untuk dunia
atau wanita yang akan dinikahinya,
maka balasan hijrahnya sesuai dengan tujuan hijrahnya tersebut."


(Hadith Ibnu Majah no. 4217)

Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
 
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Abu Nu'aim, daripada Zuhair, daripada Abu Ishaq, daripada 'Abdurrahman bin Aswad,
daripada bapanya (Aswad), daripada 'Abdullah,

"Nabi s.a.w. pergi ke tandas,
lalu Nabi s.a.w. memerintahkan 'Abdullah
membawakan tiga (3) biji batu.

'Abdullah hanya mendapatkan dua (2) batu,
lalu 'Abdullah mencari batu yang ketiga (ke-3),
namun tidak dapat
hingga 'Abdullah pun mengambil kotoran haiwan
yang sudah kering.

Kemudian semua itu,
'Abdullah bawa ke hadapan Nabi s.a.w.

Namun Nabi s.a.w. hanya mengambil dua (2) batu
dan membuang kotoran haiwan yang telah kering tersebut
seraya bersabda,
"Ini najis."


(Hadith Bukhari no. 152)

Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
 
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Muhammad bin Yusuf, daripada Al Auza'I, daripada Yahya bin Abu Katsir,
daripada 'Abdullah bin Abu Qatadah, daripada bapanya (Abu Qatadah),
Nabi s.a.w. bersabda,

"Jika salah seorang daripada kalian kencing

maka janganlah dia memegang kemaluannya
dengan tangan kanan,

jangan beristinjak
dengan tangan kanan

dan jangan bernafas dalam gelas
saat minum."


(Hadith Bukhari no. 150)

Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
 
Last edited:
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Adam, daripada Syu'bah, daripada Abdul 'Aziz bin Shuhaib, daripada Anas,

"Jika Nabi s.a.w. masuk ke dalam tandas,

maka Nabi s.a.w. berdo'a,

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْخُبُثِ وَالْخَبَائِثِ
(Ya Allah aku berlindung kepada-Mu
daripada syaitan jantan
dan syaitan betina).”


(Hadith Bukhari no. 139)

Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
 
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada 'Ali bin 'Abdullah, daripada Sufyan, daripada Az Zuhri,
daripada 'Atha' bin Yazid Al Laitsi, daripada Abu Ayyub Al Anshari,
Nabi s.a.w. bersabda,

"Jika kalian masuk ke dalam tempat buang air,

maka janganlah kalian menghadap ke arah Kiblat
dan jangan pula membelakanginya.

Tetapi menghadaplah ke timurnya
atau ke baratnya."

Abu Ayyub Al Anshari berkata,
"Ketika kami datang ke Syam,
kami dapati tempat buang air di rumah-rumah di sana
dibina menghadap Kiblat.

Maka kami alihkan
dan kami memohon ampun kepada Allah Ta'ala."


(Hadith Bukhari no. 380)

Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
 
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Muhammad bin Al Mutsanna, daripada Muhammad bin Hazm, daripada Al A'masy,
daripada Mujahid, daripada Thawus, daripada Ibnu 'Abbas,

"Rasulullah s.a.w. lewat di dekat dua perkuburan,

lalu Rasulullah bersabda:
"Sesungguhnya kedua-duanya sedang diseksa,

dan kedua-duanya diseksa
bukan kerana dosa besar.

Yang satu diseksa
kerana tidak bersuci
setelah kencing,

sementara yang satunya
suka mengadu domba."

Kemudian Rasulullah mengambil sebatang dahan kurma yang masih basah,
Rasulullah lalu membelahnya menjadi dua bahagian
kemudian memacakkannya
pada kubur-kubur tersebut.

Para sahabat pun bertanya,
"Wahai Rasulullah,
kenapa engkau melakukan ini?"

Rasulullah menjawab:
"Semoga seksa kedua-duanya diringankan
selama batang pohon ini basah."


(Hadith Bukhari no. 211)

Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
 
Back
Top
Log in Register