BTC USD 83,533.5 Gold USD 4,155.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Al-Qur'an & Hadith : Jalan ke Syurga

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Muhammad bin Salamah dan Al Harits bin Miskin, daripada Ibnu Al Qasim,
daripada Malik, daripada Ibnu Syihab, daripada Urwah bin Zubair,
daripada Abdurrahman bin Abdul Qari, daripada Umar al-Khattab,

"Aku mendengar Hisyam bin Hakim membaca surah Al-Furqan
tidak sama dengan bacaanku
yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. kepadaku,
hingga nyaris aku mencelanya.

Namun aku membiarkannya hingga dia selesai membacanya,
kemudian aku pegang kain serbannya.

Lalu aku mengajaknya bertemu Rasulullah s.a.w.,
dan aku berkata kepada Rasulullah s.a.w.,
“Wahai Rasulullah,
tadi aku mendengar orang ini membaca surah Al-Furqan
tidak seperti yang engkau bacakan kepadaku.”

Rasulullah s.a.w. bersabda kepada orang itu,
“Bacalah surah itu.”

Hisyam lalu membaca
seperti yang aku dengar
saat dia membacanya.

Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda,
“Demikianlah surah itu diturunkan.”

Kemudian Rasulullah s.a.w. juga menyuruhku,
maka aku pun membacanya.

Rasulullah s.a.w. lalu bersabda,
“Demikianlah surah itu diturunkan.
Al-Qur'an diturunkan dengan tujuh (7) huruf (dialek),
maka bacalah yang mudah bagimu.”


(Hadith Nasa’i no. 928)

Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
 
Last edited:
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Diceritakan oleh Muhammad bin Abu Ghalib, diceritakan oleh Muhammad bin Ismail, diceritakan oleh Mu'tamir, diceritakan oleh ayahnya,
diceritakan oleh Qatadah, diceritakan oleh Abu Rafi', diceritakan oleh Abu Hurairah r.a.,
Rasulullah s.a.w. bersabda,


"Allah menetapkan satu (1) ketetapan
sebelum mencipta penciptaan

'rahmat-Ku
lebih mendahului kemurkaan-Ku,

dan itu tercatat di sisi-Nya
di atas 'arsy."


(Hadith Bukhari no. 6999)

Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
 
Last edited:
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Utsman bin Abu Syaibah, daripada Isma'il bin Ayasy, daripada Bahir bin Sa'd,
daripada Khalid bin Ma'dan, daripada Katsir bin Murah Al Hadlrami,
daripada 'Uqbah bin 'Amir Al Juhani,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Orang yang menguatkan bacaan Al Qur'an
bagaikan orang yang menampakkan sedekah,

dan orang yang memperlahankan bacaan Al Qur'an
ibarat orang yang bersedekah secara sembunyi."


(Hadith Abu Daud no. 1136)

Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
 
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Qutaibah, daripada Malik, daripada Abdurrahman bin Abdullah bin Abu Sha'sha'ah, daripada bapanya (Abdullah bin Abu Sha'sha'ah), daripada Abu Sa'id Al Khudri,

“Seorang lelaki mendengar
seseorang membaca

قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ

dengan berulang kali.

Pada pagi harinya,
lelaki itu bertemu dengan Rasulullah s.a.w.
dan menceritakan hal itu kepada Rasulullah s.a.w.

Rasulullah s.a.w. lalu bersabda,
"Demi Dzat yang jiwaku ada di Tangan-Nya,
surah itu sepadan
dengan sepertiga (1/3) Al-Qur'an."


(Hadith Nasa’i no. 985)

Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
 
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Yahya bin Bukair, daripada Al Laits, daripada Uqail, daripada Ibn Syihab,
daripada Humaid bin Abdurrahman, daripada Abu Hurairah,
Nabi s.a.w. bersabda,

"Adam dan Musa berbantah-bantahan pada hari kiamat,

Musa berkata kepada Adam,
'Engkaulah penyebab
yang mengeluarkan anak cucumu dari syurga!'

Sedang Adam berkata,
'Engkau Musa,
yang Allah telah memilihmu
dengan risalah-Nya dan kalam-Nya,

engkau mencelaku
atas sesuatu yang telah ditakdirkan bagiku
sebelum aku dicipta!'

Maka Adamlah yang mengalahkan Musa (dalam penghujahan).”


(Hadith Bukhari no. 6961)

Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
 
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Imran bin Musa, daripada Yazid bin Zura'I, daripada Syu'bah, daripada Manshur,
daripada Abu Wa'il, daripada Abdullah,
Nabi s.a.w. bersabda,

"Alangkah buruknya
seorang daripada mereka yang berkata,
‘Aku lupa ayat ini dan itu.'

Bahkan melupakannya.

Jagalah Al-Qur'an

dan sesungguhnya Al Qur'an lebih cepat lepasnya (lupa)
daripada dada manusia

dibandingkan, dengan
unta yang lepas daripada ikatannya."


(Hadith Nasa’i no. 934)

Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
 
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Ya'qub bin Ibrahim, daripada Ibnu 'Ulayyah, daripada Abdul 'Aziz bin Shuhaib,
daripada Anas,
Nabi s.a.w. bersabda,

"Tidaklah beriman seorang daripada kalian

hingga aku lebih dicintainya

daripada orang tuanya,
anaknya
dan daripada manusia seluruhnya."


(Hadith Bukhari no. 14)

Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
 
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Abu 'Ashim adl-Dlahhak bin Makhlad, daripada Al Awza'iy,
daripada Hassan bin 'Athiyyah, daripada Abi Kabsyah, daripada 'Abdullah bin 'Amru,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Sampaikan daripadaku
sekalipun satu (1) ayat

dan ceritakanlah (apa yang kalian dengar) daripada Bani Isra'il
dan itu tidak apa (dosa).

Dan siapa yang berdusta atasku
dengan sengaja

maka bersiap-siaplah menempati tempat duduknya
di neraka."


(Hadith Bukhari no. 3202)

Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
 
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Diceritakan oleh Ahmad bin Khalid, diceritakan oleh Muhammad Ibnu Ishak, daripada Az Zuhri,
daripada Muhammad bin Jubair bin Muth'im, daripada Jubair bin Muth'im,


Rasulullah s.a.w. berdiri di Masjid Khaif di Mina seraya bersabda,

“Semoga Allah memperbagus rupa seseorang
yang mendengarkan perkataanku
lantas menjaganya,
kemudian menyampaikannya
kepada orang yang tidak mendengarnya (daripadaku),

berapa banyak orang yang membawa ilmu fiqh
tetapi dia tidak mempunyai pemahaman,

dan berapa banyak orang yang menyampaikan ilmu fiqh
kepada orang yang lebih memahaminya,

ada tiga (3) hal yang hati seorang mukmin tidak hasad padanya

1) ikhlas beramal hanya untuk Allah,

2) taat kepada para pemimpin,

3) dan sentiasa berada dalam barisan kaum muslimin,

kerana doa mereka menyokong dari belakang mereka."

(Hadith Darimi no. 230)

Nota penting:
(Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Last edited:
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Adam, daripada Ibnu Abu Dzi`b, daripada Sa'id Al Maqburi,
daripada Abu Hurairah r.a.,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Salah seorang daripada kalian
tidak akan dapat diselamatkan
oleh amalnya,"

maka para sahabat bertanya,
“Tidak juga dengan engkau wahai Rasulullah? “

Rasulullah s.a.w. menjawab,
“Tidak juga saya,
hanya sahaja Allah telah melimpahkan rahmat-Nya kepadaku.

Maka beramallah kalian
sesuai dengan sunnah
dan berlakulah dengan imbang,

berangkatlah pada pagi hari
dan berangkatlah pada petang hari,
dan lakukanlah sedikit waktu
untuk solat pada malam hari,

niat dan niat
maka kalian akan sampai."


(Hadith Bukhari no. 5982)

Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
 
Back
Top
Log in Register