BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ahmad Zahid Seru Perkukuh Silaturahim Sempena Aidilfitri

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
f3c2806c198e846e31f7738017a9176769bd20faadefc

Kredit: FB Zahid Hamidi

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru umat Islam agar terus menyemai kasih sayang, mempererat silaturahim dan saling bermaafan dengan hati yang tulus sempena sambutan Syawal.

Beliau menerusi hantaran di Facebook turut mengingatkan masyarakat supaya menghargai masa bersama keluarga serta insan tersayang dalam meraikan Aidilfitri.

Pada masa sama, Ahmad Zahid mendoakan agar sambutan Syawal kali ini membawa keberkatan, ketenangan dan kebahagiaan kepada seluruh umat Islam.

“Dalam kesempatan ini, saya bersama isteri dan seluruh keluarga, kakitangan di Pejabat Timbalan Perdana Menteri serta Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, juga seluruh ahli UMNO mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H kepada umat Islam, walau di mana jua berada,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register