BTC USD 76,474.1 Gold USD 4,297.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Aidilfitri Medan Perkukuh Silaturahim, Hargai Kepelbagaian Identiti Sarawak - Abang Johari

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
87fb4333e649cb1f115e58f0b89eda6369bbd0d4f13d0

Kredit: FB Unit Komunikasi Awam Sarawak - UKAS

Musim perayaan Aidilfitri merupakan masa terbaik memperkukuh silaturahim serta menghargai kepelbagaian yang menjadi identiti Sarawak.

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata amalan rumah terbuka yang menjadi tradisi di negeri itu melambangkan semangat inklusiviti dan muhibah antara kaum serta agama.

“Inilah keunikan kita - hidup dalam kepelbagaian, namun tetap bersatu dalam satu semangat kekitaan.

“Dalam kita mengejar kemajuan, kita tidak harus mengabaikan nilai perpaduan dan keharmonian yang menjadi tunjang kekuatan Sarawak,” katanya dalam perutusan sempena Aidilfitri di sini hari ini.

Bagaimanapun, Abang Johari berkata sebagai tanda penghormatan buat isterinya Puan Sri Juma'ani Tuanku Bujang yang meninggal dunia pada Jun tahun lepas, beliau dan keluarga tidak akan mengadakan rumah terbuka sempena Aidilfitri tahun ini.

Sementara itu, Abang Johari berkata Sarawak kini berada pada fasa penting dalam perjalanan pembangunannya ke arah merealisasikan visi 2030.

Beliau berkata sebagai sebuah wilayah luas, Sarawak sedang melalui fasa kritikal untuk menaik taraf sistem infrastruktur jalan raya serta kemudahan asas, khususnya bekalan air, elektrik dan capaian Internet.

“Usaha ini perlu diselaraskan dengan pelbagai inisiatif strategik bagi mentransformasikan ekonomi Sarawak kepada ekonomi berpendapatan tinggi, melalui pemerkasaan teknologi tinggi, inovasi, nilai tambah serta kelestarian alam sekitar.

“Kerajaan negeri turut memberi penekanan besar terhadap penerokaan bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Kita mahu generasi muda Sarawak bukan sahaja menjadi pengguna teknologi, tetapi juga pencipta serta peneraju teknologi,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register