BTC USD 76,511.4 Gold USD 4,311.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pusat Sains Sarawak Mahu Lahirkan Saintis Masa Depan - Abang Johari

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,173
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,173
Reaction score
346
Points
141

Pusat Sains Sarawak Mahu Lahirkan Saintis Masa Depan - Abang Johari​

75555b7375d3dea81753d8caef38da1e6a69f663835ed

402464741757f3591c72b0351236162b6a69f6c7e2c0b

950e2110bf66e654a167ff9503d8f76c6a69f6ea356ad

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg (kanan) merasmikan Pusat Sains Sarawak di Petra Jaya, hari ini. Turut memerhati Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn.
--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Sarawak memerlukan lebih ramai golongan muda yang celik sains untuk memacu ekonomi hidrogen dan menghadapi cabaran global, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Berucap pada majlis pelancaran Pusat Sains Sarawak (SSCiEX) di sini hari ini, beliau berkata kemudahan itu adalah pelaburan strategik dalam pembangunan modal insan untuk memupuk sifat ingin tahu dan pemikiran saintifik dalam kalangan golongan muda negeri itu.

"Bagaimana kita hendak melakukannya? Melalui penubuhan pusat sains ini, kita mahu mereka mempunyai sifat ingin tahu tentang bagaimana dunia berfungsi.

“Apabila kita berdepan perubahan iklim, mereka perlu mengkaji dan menganalisisnya. Sebab itu kita menyediakan makmal bersama dan kemudahan makmal di sini,” katanya sambil menambah usaha tersebut selaras dengan visi jangka panjang Sarawak melangkaui 2030.

Pusat Sains Sarawak yang terletak di Petra Jaya itu turut dilengkapi kemudahan makmal interaktif.

Abang Johari berkata menerusi pusat sains itu, beliau mempelawa saintis, penyelidik dan institusi dari seluruh dunia untuk menjalin kerjasama dengan Sarawak, sekali gus menjadikannya hab antarabangsa bagi penyelidikan dan inovasi saintifik.

Beliau berkata pusat sains itu bukan hanya untuk Sarawak atau Malaysia, sebaliknya menjadi platform kerjasama dengan masyarakat antarabangsa dalam mencari penyelesaian kepada cabaran masa depan menerusi sains dan teknologi.

 
Back
Top
Log in Register