BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Platform Data Berdaulat Pacu Pembangunan Sarawak - Abang Johari

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Platform Data Berdaulat Pacu Pembangunan Sarawak - Abang Johari​

2632037d41d2a4e566e733a853db30f96a82e8f9216a8

a1449f33b37e4d3a4effb8cdd228bb146a82e8ec54677

f452dd44f2e99078e30711d12bb1b67f6a82e906b7dff

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap pada majlis pelancaran "Sarawak Sovereign Artificial Intelligence Infrastructure Platform" di sini, hari ini.
--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Sarawak sedang memperkukuh ekosistem data berdaulat bagi menyokong perancangan, pembangunan bandar pintar serta mempercepat pelaksanaan projek di negeri itu, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata konsep data berdaulat membolehkan data kerajaan disimpan dan diurus menerusi infrastruktur milik sendiri sebelum dimanfaatkan untuk pelbagai tujuan pembangunan.

“Platform ini menghimpunkan pelbagai data yang boleh digunakan bagi tujuan perancangan termasuk pembangunan bandar pintar, merangkumi maklumat mengenai kawasan kediaman, kawasan perniagaan, rangkaian jalan raya, kesalinghubungan dalam bandar serta pengangkutan awam.

“Dengan data ini, kita dapat melaksanakan projek dengan lebih pantas serta mempercepat usaha mencari penyelesaian berdasarkan data telah dikumpulkan dalam satu platform,” katanya pada pelancaran Platform Infrastruktur Kecerdasan Buatan Berdaulat Sarawak  di sini hari ini.

Abang Johari berkata bukan semua data boleh dikongsi kerana terdapat perbezaan antara data strategik boleh dikongsikan dengan data berkaitan keselamatan yang perlu dilindungi.

“Akses kepada data tertentu boleh diberikan kepada pihak luar termasuk pelabur yang berminat untuk menjalinkan usaha sama dengan Sarawak.

“Sebagai contoh, sekiranya pelabur mahu membangunkan kilang pembuatan berkaitan biodiversiti, mereka boleh mendapatkan maklumat mengenai lokasi, keluasan tanah serta data berkaitan menerusi platform itu sebelum mengemukakan permohonan kepada kerajaan,” katanya.

Abang Johari berkata bagi menyokong inisiatif itu, Sarawak menyasarkan untuk membangunkan konstelasi satelit sendiri menjelang 2030 bagi memperkukuh keupayaan negeri membeopeh data dan isyarat dari bumi.

Beliau berkata konstelasi itu akan terdiri daripada sekurang-kurangnya enam satelit yang saling berhubung, sekali gus membolehkan data dari bumi diperoleh hampir secara berterusan.

 
Back
Top
Log in Register