BTC USD 76,586.2 Gold USD 4,362.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sarawak Rancang Bina Kampus Data AI Di Tanjung Embang - Abang Johari

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,197
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,197
Reaction score
346
Points
141
fd4f110378af12688941b6bca814735869f6fd4c9a103

Kredit UKAS

Kerajaan Sarawak merancang untuk membangunkan sebuah Kampus Data Kecerdasan Buatan (AI) di Tanjung Embang, di sini bagi memacu pelaburan serta memperkukuh ekosistem pusat data AI negeri itu.

Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) menerusi satu kenyataan memaklumkan perkara itu, dimaklumkan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg sewaktu lawatan kerja rasminya ke K2 Strategic Data Centre Campus di Dublin, Ireland, semalam.

Abang Johari berkata tapak seluas 405 hektar, dikenal pasti bagi merealisasikan projek berimpak tinggi berkenaan.

“Kampus yang dikenali sebagai Kampus Data AI Kuching itu, akan dilengkapi kemudahan bekalan tenaga dan air khusus bagi menyokong operasi pusat data tersebut.

“Projek ini akan dilaksanakan menerusi kerjasama awam-swasta (PPP), bermula dengan fasa pertama melibatkan kawasan seluas 120 hektar,” menurut kenyataan UKAS.

Abang Johari berkata pembangunan kampus berkenaan akan dimodelkan berdasarkan fasiliti bertaraf dunia yang dilawatinya itu.

Beliau berkata inisiatif tersebut, turut menyokong perancangan pembangunan berskala besar di Tanjung Embang, yang merangkumi pembinaan lapangan terbang baharu, pelabuhan laut serta pembangunan industri rendah karbon.

 
terbaik.,...bnyk potensi Sabah Sarawak
 
Back
Top
Log in Register