BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Agong Berkenan Hulur Kurniaan Peribadi Bantu Mangsa Kebakaran Di Sandakan

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146
c59198d02856ecfa98c40299685d428f69e8742caeb27

Kredit: Fb Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menghulurkan kurniaan peribadi bagi membantu keluarga yang terjejas dalam tragedi kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan, Sabah, baru-baru ini.

Menerusi hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda bertitah sumbangan akan disampaikan menerusi Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) dalam meringankan beban keluarga yang terlibat dalam tragedi berkenaan.

Justeru, Sultan Ibrahim menitahkan YSIJ untuk menghubungi Kerajaan Negeri Sabah dalam memastikan sumbangan dapat disalurkan kepada keluarga yang terkesan akibat kebakaran.

“Ramai yang kehilangan tempat tinggal dalam tragedi ini. Saya mendoakan agar mangsa kebakaran diberikan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi dugaan yang menimpa mereka,” titah Seri Paduka Baginda.

Pada Ahad lepas, kebakaran besar di perkampungan atas air Kampung Bahagia di Sandakan telah memusnahkan kira-kira 1,000 rumah dan menjejaskan lebih 9,000 penduduk.

Kebakaran itu melibatkan kawasan seluas lebih empat hektar.

 
Back
Top
Log in Register