BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kebakaran Di Sandakan: Mangsa Lega Penggantian Dokumen Percuma, Pantas

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
6ee007ad6bf6f18fa8ec4068d443b6b069e9e7cebaee4

af15eb7698d596e6e25969554d98b9e869e9e76abc2d5

f077ff98986b13ecfe9c8ac71327180369e9e85729637

Kakitangan Jabatan Pendaftaran Negera Cawangan Sandakan menyantuni mangsa kebakaran Kampung Bahagia yang membuat permohonan penggantian sijil kelahiran di kaunter khas di Pusat Pemindahan Sementara di Dewan Projek Perumahan Rakyat Batu Sapi hari ini.
-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Mangsa kebakaran di Kampung Bahagia di sini meluahkan rasa syukur kerana dapat melakukan penggantian dokumen pengenalan diri secara percuma, sekali gus membantu meringankan beban mereka.

Siti Nazira Yaser, 27, berkata kebakaran itu telah memusnahkan semua dokumen penting miliknya termasuk kad pengenalan dan dokumen keluarga, justeru langkah penggantian itu disifatkan sebagai satu kelegaan buat dirinya dan keluarga.

"Alhamdulillah, (dengan adanya langkah ini) sangat bersyukur sebab percuma. Sebelum ini, saya pernah kehilangan kad pengenalan dan dimaklumkan kalau hilang lagi perlu bayar, jadi apabila kerajaan bantu macam ini memang sangat melegakan.

"(Dalam kejadian itu), kad pengenalan saya, dengan MyKid anak, sijil nikah semua terbakar … saya tidak sempat nak selamatkan," katanya ketika ditemui Bernama di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Gas di sini hari ini.

Siti Nazira berkata pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam agar Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menyediakan perkhidmatan penggantian dokumen secara percuma di PPS, sebagai langkah yang amat praktikal dan menyantuni keperluan mangsa.

“Terima kasih kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dengan bantuan ini, kami rasa sangat dibantu, apatah lagi beliau sendiri datang ke Kampung Bahagia, memang kami tidak sangka,” katanya.

Seorang lagi mangsa, Aisha Jhonni, 37, berkata dia kehilangan sijil kelahiran anak keduanya dalam kejadian terbabit.

Wanita itu berkata kehadiran JPN di PPS untuk membantu penggantian dokumen secara percuma amat dihargai dan memudahkan urusan mangsa yang berdepan dengan kekangan logistik.

Sementara itu, tinjauan Bernama di PPS Dewan Program Perumahan Rakyat Taman Batu Sapi mendapati kaunter JPN dibuka seawal 9 pagi dengan lebih 30 permohonan diterima setakat 3 petang tadi.

 
Back
Top
Log in Register