BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kebakaran Di Sandakan: KDN Bantu Mangsa Dapatkan Kembali Dokumen Diri

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80
6e909b52bd93ccc3a65ce481aee8173a69e703b97449e

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bercakap pada sidang media selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Kontrak Perolehan sebuah Multi Purpose Mission Ship kedua untuk Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di Bangunan Setia Perkasa hari ini.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan membantu mangsa kebakaran di Sandakan, Sabah mendapatkan kembali dokumen pengenalan diri mengikut prosedur sedia ada.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata proses mendapatkan kembali dokumen berkenaan tertakluk kepada penelitian dan bukannya diberikan kepada semua mangsa sewenang-wenangnya.

“Soal pemilikan dokumen peribadi ini sangat penting. Pada masa sama, ia tidak boleh juga sewenang-wenangnya diberikan kepada mereka yang tidak layak memilikinya.

“Jadi ayat yang lebih tepat adalah KDN akan membantu sedaya upaya kami utamanya bagi mereka yang betul-betul mempunyai status warganegara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan majlis pemeteraian kontrak perolehan Kapal Misi Pelbagai Guna (MPMS) kedua untuk Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di sini hari ini.

Saifuddin Nasution berkata berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) sedia ada, dokumen pengenalan diri ganti akan diberikan kepada warganegara membabitkan insiden kebakaran dan sebagainya.

“Kalau insiden seperti itu (kebakaran) berlaku menyebabkan dokumen itu hilang, kami akan memudahkan proses mengadakan dokumen ganti tetapi itu bukan bermakna bahawa kita akan pukul borong saja. Kita akan tangani satu persatu,” katanya.

Saifuddin Nasution berkata keutamaan Kerajaan Persekutuan, negeri ketika ini adalah aspek penyediaan pusat pemindahan sementara (PPS) untuk semua mangsa berkenaan.

“Oleh kerana mangsa terlibat lebih 9,000, rumah atas air tu 1,000 lebih. Kerajaan Negeri Sabah dengan semua agensi negeri dan pusat sedang melakukan proses pendaftaran.

 
Back
Top
Log in Register