Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,760
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,760
- Reaction score
- 289
- Points
- 146
Kredit: FB - Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, berkenan berangkat ke Makam Diraja Mahmoodiah, Johor Bahru hari ini, bersempena Hari Ulang Tahun Keputeraan Seri Paduka Baginda.
Menurut hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, turut diadakan ialah bacaan Yasin dan tahlil ringkas yang dipimpin Imam Makam Diraja Masri Sapiran.
Sultan Ibrahim turut menabur bunga dan menyiram air mawar di pusara Almarhum Sultan Ismail, Almarhum Sultan Iskandar, Almarhumah Enche’ Besar Hajah Khalsom serta Tunku Laksamana Johor Almarhum Tunku Abdul Jalil.
Agong Berangkat Ziarah Makam Diraja Mahmoodiah Sempena Hari Keputeraan
Agong, Facebook, Makam Diraja Mahmoodiah, tahlil