BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Raja Permaisuri Agong Berangkat Ke Majlis Santapan Diraja UTM 2026

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Raja Permaisuri Agong Berangkat Ke Majlis Santapan Diraja UTM 2026​

3c41caacd7b7be650a65180c80693a376a92f2ea9099f

fb Universiti Teknologi Malaysia - UTM

Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke Majlis Santapan Diraja Universiti Teknologi Malaysia (UTM) 2026 di sini malam ini.

Turut berangkat ke acara dwitahunan itu ialah Pro-Canselor UTM Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor.

Hadir sama Pro-Canselor UTM Tan Sri Datuk Profesor Emeritus Ir. Dr. Mohd Zulkifli Mohd Ghazali dan Duta Besar Jepun ke Malaysia Shikata Noriyuki.

Pada majlis itu, Raja Zarith Sofiah berkenan menyaksikan persembahan tayangan video dan acara Peluncuran Inisiatif Endowmen Penerbitan Buku serta persembahan cek cura penyumbang dana bagi pembangunan pendidikan dan kebajikan pelajar.

Majlis santapan itu juga diserikan dengan persembahan istimewa artis undangan Wani Hasrita.

Sementara itu, Naib Canselor UTM Profesor Ts. Dr. Mohd Shafry Mohd Rahim dalam sembah ucapannya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua tetamu, para penyumbang dan dermawan, serta tahniah kepada seluruh jawatankuasa yang telah bertungkus lumus menjayakan majlis yang istimewa itu.

Beliau berkata UTM Royal Gala Dinner, yang kini diadakan buat kali kelima ialah inisiatif dwitahunan universiti untuk mengumpulkan dana bagi menyokong kebajikan dan pendidikan pelajar serta pembangunan UTM.

Sebanyak RM16 juta sumbangan diterima pihak UTM pada tahun ini daripada penyumbang, antaranya Bidari Kekal Sdn. Bhd., Japan International Cooperation Agency (JICA), Johor Port Berhad, Awantec Systems Sdn. Bhd. dan Permodalan Nasional Berhad.

"Sehingga kini, UTM telah menganugerahkan 1,013 Biasiswa Endowmen kepada pelajar B40. Secara kumulatif, Tabung Endowmen UTM telah mengumpulkan RM183.72 juta, dengan RM30.93 juta telah dimanfaatkan untuk pemberian biasiswa.

 
Back
Top
Log in Register