BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Agong, Raja Permaisuri Berangkat Ziarah Makam Almarhum Tunku Abdul Jalil

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Agong, Raja Permaisuri Berangkat Ziarah Makam Almarhum Tunku Abdul Jalil​

468111d4cb1175c12cdef465b231031a6a4a553a8f9d7

950c5d84e89783fc3699c56ab5d2a6f76a4a553750e7c

fb Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat menziarahi pusara anakanda Almarhum Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil di Makam Diraja Mahmoodiah, Johor Bahru, hari ini.

Keberangkatan Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah bersempena ulang tahun keputeraan Almarhum Tunku Abdul Jalil pada 5 Julai 1990.

Perkara itu dikongsikan menerusi satu hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.

Turut berangkat mengiringi Seri Paduka Baginda berdua Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim.

Almarhum Tunku Abdul Jalil mangkat pada 5 Dis 2015 di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, pada usia 25 tahun akibat kanser hati.

 
Back
Top
Log in Register