BTC USD 76,222.4 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Raja Permaisuri Agong Berangkat Ziarah Makam Tunku Abdul Jalil

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,188
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,188
Reaction score
346
Points
141
26a26342926d56391bb355a3b7be0eed6867b583d713b

1015adb45c01f4ff664ccc70b72ac7016867b59b3e458

c9129a40649965d370e89bc1248a46756867b5acf1320

Kredit: FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Doa dan kasih seorang ibu tiada penghujung. Itulah ungkapan yang tepat bagi menggambarkan momen ketika Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah, hari ini berkenan berangkat menziarahi makam anakanda tercinta, Tunku Laksamana Johor Almarhum Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim, di sini.

Ziarah itu sempena ulang tahun keputeraan Almarhum Tunku Abdul Jalil pada 5 Julai.

Menerusi hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, baginda tiba di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah di sini pada 3 petang.

Beberapa keping gambar yang dimuat naik menunjukkan Raja Permaisuri Agong menyiram air mawar di atas pusara Almarhum Tunku Abdul Jalil.

Bacaan Surah Yasin dan tahlil turut diadakan untuk Almarhum.

Almarhum Tunku Abdul Jalil, yang diputerakan pada 5 Julai 1990, merupakan putera keempat Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah.

Baginda mangkat pada 5 Dis 2015 akibat penyakit kanser ketika berusia 25 tahun, dan dikenang sebagai seorang yang berdedikasi serta disayangi rakyat, khususnya melalui sumbangan dalam bidang kesukarelawanan.

 
Back
Top
Log in Register