BTC USD 76,316.9 Gold USD 4,300.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Agong Berkenan Berangkat Ke Majlis Santapan Diraja Hari Polis Ke-219

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,768
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,768
Reaction score
289
Points
146

Agong Berkenan Berangkat Ke Majlis Santapan Diraja Hari Polis Ke-219​

aa0e8f50475d4c20bcf0979cf91ad25a6a3ea183eb6c9

16c05c9e8e35e0354c422957e53d47316a3ea19ec9682

3d5b15f80f8b1a5a0827297f278872556a3ea1ae4ae26

98a26bcbf7e6c30a49adcb5a28aec0da6a3ea1c2d6f7c

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat menghadiri Majlis Santapan Diraja sempena Peringatan Hari Polis Ke-219 Tahun 2026 di Hotel Sunway Resort malam ini.
Turut sama Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (kiri) dan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah.
-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke majlis santapan diraja sempena sambutan Hari Polis ke-219 di sini malam ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Khalid Ismail dalam sembah ucapannya menjunjung setinggi-tinggi kasih atas limpah perkenan Seri Paduka Baginda berangkat ke majlis berkenaan, yang disifatkannya sebagai penghormatan tertinggi kepada seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Beliau berkata PDRM yang kini menginjak usia 219 tahun kekal teguh sebagai entiti utama dalam memelihara kedaulatan, keselamatan masyarakat dan kesejahteraan negara.

“Tanggal 25 Mac setiap tahun adalah tarikh bersejarah untuk mengenang perjuangan dan pengorbanan wira-wira pasukan yang gugur di medan bakti demi mempertahankan ibu pertiwi. Kita titipkan doa agar roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan para syuhada,” katanya.

Turut hadir Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar,  Ketua Hakim Negara Tun Wan Ahmad Farid Wan Salleh, Peguam Negara Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar, Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Malek Razak Sulaiman dan barisan kepimpinan tertinggi PDRM.

Mohd Khalid turut merakamkan penghargaan kepada kerajaan, Kementerian Dalam Negeri dan agensi sahabat atas sokongan berterusan dalam memperkasakan PDRM.

 
Back
Top
Log in Register