BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Agih peruntukan guna konsep ‘asas saksama, keperluan berbeza’, kerajaan disaran

afwan83

Active+ Member
Messages
3,221
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,221
Reaction score
12
Points
25

Agih peruntukan guna konsep ‘asas saksama, keperluan berbeza’, kerajaan disaran​

3ea0c6d5-3fcb-4772-a1e2-65b46d5a5714-bandar-dan-luar-bandar-tile-pic-19826.jpg

Penganalisis cadang formula hibrid dalam agihan peruntukan untuk kawasan Parlimen bagi menangani cabaran struktur kewangan yang berbeza antara kawasan bandar dan luar bandar.

Penganalisis di Universiti Malaya, Tawfik Yaakub, mencadangkan konsep ‘asas saksama, keperluan berbeza’ iaitu kerajaan menetapkan peruntukan asas yang sama dan kemudian menambah jumlah berdasarkan beban sebenar kawasan.

Indikator tambahan perlu merangkumi saiz penduduk, tahap kemiskinan, serta kerentanan sosioekonomi, katanya.

“Malah untuk sebahagian peruntukan pembangunan dan bantuan sosial, saya lebih cenderung menggunakan jumlah penduduk berbanding pengundi sahaja kerana kanak-kanak dan golongan belum mendaftar turut menggunakan kemudahan awam,” katanya kepada FMT.

Tawfik menarik perhatian kepada cabaran struktur kewangan yang berbeza antara kawasan bandar dan luar bandar, di mana kawasan bandar berdepan kos liputan penduduk dan permohonan bantuan yang tinggi manakala kawasan luar bandar terikat dengan kos geografi berikutan jaringan prasarana yang panjang serta komuniti berselerak.

Beliau menyorot data Jabatan Perangkaan Malaysia 2024 yang menunjukkan kadar kemiskinan luar bandar berada pada tahap 10.0%, jauh lebih tinggi berbanding 3.7% di kawasan bandar.

Tawfik mencadangkan formula peruntukan berasaskan sekurang-kurangnya empat komponen iaitu peruntukan asas, jumlah penduduk, tahap kemiskinan, dan faktor geografi.

“Ini selari dengan prinsip bahawa peruntukan adalah untuk pembangunan rakyat, bukan ganjaran kepada Ahli Parlimen,” katanya.

Kelmarin, DAP menggesa Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyediakan peruntukan yang sama rata kepada semua Ahli Parlimen dan seterusnya menggubal undang-undang bagi menjamin peruntukan itu secara kekal.

Pengerusi DAP Gobind Singh Deo berkata undang-undang yang mewajibkan peruntukan sama rata kepada semua Ahli Parlimen akan menghapuskan unsur budi bicara politik dalam pengagihan peruntukan pembangunan kawasan serta melindungi hak pengundi.

NGO proreformasi, Bersih menyahut gesaan itu dan menyeru kerajaan menggubal kerangka perundangan bagi menjamin semua Ahli Parlimen diberi peruntukan pembangunan kawasan berdasarkan prinsip kesaksamaan dan ketelusan, mewujudkan sistem pengagihan dana awam berasaskan formula, dan menyediakan garis panduan terperinci dan pekeliling berkaitan CDF.

Ahli Parlimen Bangi Syahredzan Johan meneruskan gesaan dengan berkata prinsip kesaksamaan dalam pemberian dana perlu disertai pendekatan berkadaran mengikut jumlah pengundi, selain mengambil kira keadaan khusus setiap kawasan.

Azmi Hassan dari Akademi Nusantara berkata peruntukan seharusnya diberi mengikut keperluan berbanding pemberian secara sekali beri (one-off) tanpa projek ataupun program yang hendak dilakukan, bagi memberi insentif kepada Ahli Parlimen melakukan sesuatu projek yang bermanfaat kepada penduduk.

“Saya rasa itu lebih adil dan itu akan membuatkan Ahli Parlimen bekerja lebih kuat, bekerja lebih keras untuk mendapatkan peruntukan,” katanya.

Azmi berkata memberi peruntukan sama rata kepada setiap kawasan merupakan teori yang elok “di atas kertas”.

“Tetapi kita ada 222 kawasan Parlimen dan mungkin satu kawasan Parlimen tu mungkin paling banyak dapat RM100,000,” katanya.
 
Blok kerajaan.
Ahli Parlimen (MP) blok kerajaan di Malaysia menerima anggaran peruntukan tahunan sekitar RM3.8 juta. Peruntukan ini dibahagikan kepada beberapa komponen khas:

  • Projek Mesra Rakyat (PMR): Anggaran RM2 juta untuk projek fizikal skala kecil, pembangunan infrastruktur komuniti, serta pembaikan kemudahan awam di kawasan parlimen.
  • Geran Secara Langsung (Outright Grant - OG): Sekitar RM1 juta hingga RM1.5 juta untuk sumbangan kebajikan, pengurusan bencana, dan bantuan program persatuan/NGO tempatan.
  • Perbelanjaan Pusat Khidmat: Sebanyak RM300,000 bagi menampung kos operasi, gelaun staf, dan sewaan pusat khidmat MP.
Blok Pembangkang.

Ahli Parlimen (MP) daripada pihak pembangkang pada dasarnya tidak menerima peruntukan terus kawasan (RM3.8 juta) seperti yang diperolehi MP blok kerajaan.

Situasi terkini mengenai peruntukan MP pembangkang:




  • Tiada Peruntukan Pembangunan Kawasan: MP pembangkang tidak disalurkan geran secara langsung (Outright Grant) atau peruntukan Projek Mesra Rakyat (PMR).



  • Gaji & Elaun Asas Kekal: MP pembangkang tetap menerima gaji asas, elaun elaun kehadiran sidang, dan kemudahan rasmi sebagai ahli Dewan Rakyat mengikut undang-undang.
  • Proses Perbincangan & Draft MoU: Kerajaan telah menyerahkan draf Memorandum Persefahaman (MoU) kepada pihak pembangkang untuk perbincangan syarat penyaluran peruntukan, namun isu syarat dan mekanisme agihan masih menjadi perbahasan antara pihak kerajaan dan pembangkang.



  • Peruntukan Alternatif Menerusi Agensi: Dalam sesetengah keadaan, peruntukan pembangunan kawasan pembangkang disalurkan secara terus melalui agensi kerajaan atau Pejabat Pembangunan Negeri (ICU) untuk projek rakyat, tanpa melalui akaun atau kawalan MP pembangkang tersebut.

Tapi dekat nisemilan sehari sebelum nak bubar Dun tempoh hari diorg bagi gedeban pada peruntukan kepada geng pakatan Harapan bulan 7 8 dan 9, walaupun dalam blok kerajaan yg sama geng UMNO tak dapat peruntukan yg sama.

betul lah tu apa yg ahli-ahli DAP dok kalut, kalut kene kat geng sendiri. bila org lain oh itu tak apa..:giggle:
 
Blok kerajaan.

Blok Pembangkang.



Tapi dekat nisemilan sehari sebelum nak bubar Dun tempoh hari diorg bagi gedeban pada peruntukan kepada geng pakatan Harapan bulan 7 8 dan 9, walaupun dalam blok kerajaan yg sama geng UMNO tak dapat peruntukan yg sama.

betul lah tu apa yg ahli-ahli DAP dok kalut, kalut kene kat geng sendiri. bila org lain oh itu tak apa..:giggle:

PH ni skill komunikasi korporat dgn public relation pun ke laut
 
Back
Top
Log in Register