BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Peruntukan saksama: P Pinang tunggu keputusan DAP pusat

afwan83

Active+ Member
Messages
3,221
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,221
Reaction score
12
Points
25

Peruntukan saksama: P Pinang tunggu keputusan DAP pusat​

470e88e7-dun-penang-bernama-resize-290524.jpg

Kerajaan Pulau Pinang peruntuk RM60,000 setahun kepada setiap Adun pembangkang di negeri itu sejak bertahun-tahun lalu. (Gambar Bernama)

Chow berkata, Pengerusi DAP Gobind Singh Deo telah menghubunginya berhubung perkara itu.

“Perkara ini akan dibawa ke peringkat kepimpinan kebangsaan, jadi kami akan tunggu apa-apa keputusan daripada mereka,” katanya kepada pemberita.

Bagaimanapun, beliau berkata, kerajaan Pulau Pinang memperuntukkan RM60,000 setahun kepada setiap Adun pembangkang di negeri itu.

“Kami sudah laksanakannya bertahun-tahun lamanya,” katanya.

Sebagai perbandingan, setiap Adun kerajaan menerima peruntukan kawasan tahunan sebanyak RM500,000.

Pada Rabu, Projek Sama menggesa kerajaan Pulau Pinang dan Selangor menggubal undang-undang sedemikian, dengan menyatakan bahawa kedua-dua negeri pimpinan Pakatan Harapan itu mampu melaksanakannya dengan kadar segera.

Menurut kumpulan itu, kedua-dua negeri berkenaan mempunyai majoriti yang selesa dan tidak berdepan kekangan rundingan antara gabungan parti yang boleh merumitkan reformasi pada peringkat persekutuan.

Katanya, langkah itu akan membuktikan bahawa PH bersedia melaksanakan di negeri-negeri yang ditadbirnya reformasi sama yang diperjuangkannya pada peringkat persekutuan.

Dalam manifestonya bagi PRU 2022, PH berikrar menyediakan peruntukan dana pembangunan kawasan saksama kepada semua Ahli Parlimen.
 
Back
Top
Log in Register