BTC USD 76,222.4 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pengundi Sebatik Rindu Kerajaan Sedia Keperluan Asas Berterusan

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,777
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,777
Reaction score
289
Points
146
662e9836f09e26de6a4b2b8a960244f46926ac447e3b6

Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi N.73 Sebatik, Aslan Fadli Samsul Alang, yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17, ketika ditemui di Dewan Tertutup, Kompleks Sukan Tawau, baru-baru ini.

Pengundi di Sebatik rindukan sebuah kerajaan yang mampu menyediakan keperluan asas yang stabil dan berterusan, kata calon Barisan Nasional (BN) kawasan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 Aslan Fadli Samsul Alang.

Beliau berkata sepanjang siri kempen yang dijalankan di kawasan berkenaan, pengundi semakin menunjukkan kecenderungan kepada BN kerana menginginkan semula pentadbiran yang mampu mengurus keperluan asas dengan lebih teratur seperti dirasai mereka ketika BN mentadbir.

“Sebab itu pada Pilihan Raya Umum 2013 hingga 2018, BN tidak pernah kalah, namun selepas itu, kita beri peluang kepada parti lain tetapi kali ini kita bertanding.

“Penerimaan masyarakat di Sebatik itu, Alhamdulillah kerana mereka rindukan sebuah parti yang boleh membantu, khususnya kepada mereka punya keperluan,” katanya kepada Bernama di sini baru-baru ini.

Aslan Fadli berkata keperluan asas seperti jalan raya, elektrik, air dan liputan Internet menjadi isu utama pengundi, terutama di Pulau Sebatik yang pernah berdepan krisis bekalan air ketika musim kemarau.

Beliau berkata ketika krisis itu berlaku, BN tampil membantu penduduk yang terjejas dengan memberikan bantuan 10,000 karton air.

Selain itu, katanya penyelesaian jangka pendek dan jangka panjang turut digariskan bagi memastikan masalah air tidak berulang.

“Kita akan membersihkan dan memperbaiki empangan yang ada di Pulau Sebatik yang sekarang terlalu cetek dan menyebabkan takungan air berkurangan.

 
Back
Top
Log in Register